Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) 2025: Panduan Semakan & Permohonan

- Penulis

Monday, 20 January 2025 - 09:37

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy

Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) 2025.

Di dalam Belanjawan 2025, Kerajaan MADANI telah bersetuju untuk meneruskan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) pada tahun 2025 untuk membantu menambah pendapatan keluarga bagi keluar daripada garis kemiskinan.

Sebelum ini, kerajaan menyasarkan peserta IPR berupaya menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan bagi membolehkan mereka keluar daripada garis kemiskinan tersebut.

Sasaran ini berdasarkan kajian yang dilaksanakan pihaknya berasaskan garis kemiskinan tegar yang ditetapkan pada RM1,900.

Channel WhatsApp Bantuan Kerajaan 2025  : https://whatsapp.com/channel/STR

Apa Itu Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)?

Usaha Inisiatif Pendapatan Rakyat ini dimulakan untuk mencapai objektif yang berikut:

  1. Strategi serampang dua mata untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 pada masa yang sama berusaha menyelesaikan masalah ekonomi harian menerusi inisiatif-inisiatif IPR.
  2. Menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operator perkhidmatan
  3. Mewujudkan ekosistem antara pemohon, pemegang taruh dan masyarakat setempat.

INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT (IPR) | TAMBAH PENDAPATAN RAKYAT | BASMI MISKIN TEGAR

INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT (IPR) | TAMBAH PENDAPATAN RAKYAT | BASMI MISKIN TEGAR (2)

Pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat 2025

Di dalam Belanjawan 2025, kerajaan bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan inisiatif ini dengan peruntukan sebanyak RM250 juta.

Peruntukan tersebut bagi meningkatkan penyertaan lebih ramai rakyat miskin tegar termasuk OKU mengikuti program IPR bagi menambah pendapatan mereka.

Inisiatif ini telah mendapat pujian daripada Perdana Menteri di dalam pembentangan Belanjawan 2025 dengan memberikan contoh Saudari Normaladiana Mohd Yazal yang merupakan OKU fizikal, membantu suaminya berniaga dan berjaya meraih pendapatan untuk keluarga hampir dua kali ganda.

Baca Juga :  Bantuan eWallet B40 2025: Semak Syarat Kelayakan

3 model IPR

IPR membabitkan tiga model iaitu:

  1. Inisiatif Usahawan Tani (INTAN)
  2. Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN)
  3. Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN)
inisiatif pendapatan rakyat ipr

i) Inisiatif Usahawan Tani (INTAN)

Program INTAN mungkin mengambil masa yang lebih panjang untuk mendapat pendapatan kerana perlu menunggu sehingga sehingga hasil boleh dituai.

Oleh itu, kerajaan telah mengambil kira bantuan untuk tempoh pemantauan 24 bulan termasuk penyediaan tapak, infrastruktur dan latihan termasuk elaun bulanan sementara hasil tuaian itu berlaku.

Antara pihak yang terlibat dalam model INTAN adalah:

  • Syarikat pertanian
  • Rantaian peruncitan makanan
  • Pengeksport
  • Agensi-agensi kerajaan berkaitan
  • Koperasi

ii) Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN)

Menerusi program INSAN, perserta boleh jana pendapatan dan buat dengan mesin vending (vending machine) di mana anda diberikan pelbagai kemudahan termausk latihan bisnes dan perniagaan secara percuma, teknologi, latihan kemahiran, tempat berniaga disediakan, bantuan promosi dan pemsaran dan lain-lain lagi menerusi koperasi.

Antara pihak yang terlibat dalam model INSAN adalah:

  • Pengusaha mesin menjual (vending machine)
  • Syarikat-syarikat yang ingin menyediakan kemudahan makanan kepada pekerja-pekerja mereka
  • Pemilik atau pengusaha premis-premis agensi kerajaan pada peringkat Persekutuan dan Negeri
  • Institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pelajar, staf dan pelawat
  • Stesen-stesen LRT
  • Hospital dan kemudahan kesihatan yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pesakit, pelawat dan staf
Baca Juga :  Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023) : Semak Kelayakan Anda

iii) Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN)

Melalui IKHSAN, peserta boleh menjadi operator kawal selia kemudahan kerajaan seperti tandas awam atau pejabat dan mereka mendapat pendapatan dari dua sumber iaitu satu daripada kutipan harian orang bayar untuk masuk tandas atau kelengkapan kemudahan lain.

Antara pihak yang terlibat dalam model IKHSAN adalah:

  • Syarikat-syarikat swasta yang memerlukan pekerja-pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan premis
  • Premis-premis agensi kerajaan
inisiatif pendapatan rakyat ipr 2023

Syarat-syarat Permohonan

IPR akan memfokuskan kepada golongan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon adalah daripada golongan berpendapatan B40 dan miskin tegar

Cara Permohonan & Pendaftaran IPR

Bagi individu yang memenuhi syarat-syarat permohonan di atas, anda boleh menghantar permohonan untuk menyertai program IPR ini denga mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman IPR di https://ipr.ekonomi.gov.my/sign_up.
  2. Lengkapkan pendaftaran akaun terlebih dahulu
  3. Sahkan akaun anda dengan mengklik pautan yang dihantar ke emel anda
  4. Log masuk akaun anda
  5. Lengkapkan permohonan anda dengan mengisi segala butiran yang dilengkapkan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ini, sila hubungi:

Kementerian Ekonomi
Menara Prisma
No. 26 Persiaran Perdana, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 Putrajaya

Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
STR Fasa 2 2025: Semakan Status & Jumlah Bayaran Terkini
Bantuan MyKasih 2025: Fasa 1 & Tarikh Bayaran
STR 2025 Tidak Lulus? Ini Kod Alasan dan Cara Rayuan
Bantuan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2025: Panduan dan Cara Mohon
Bantuan RM300 Sebulan: Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
Lupa Kata Laluan STR 2025, Ini Cara Dapatkan Semula Password
Berita ini 204 kali dibaca

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Sunday, 2 February 2025 - 11:54

STR Fasa 2 2025: Semakan Status & Jumlah Bayaran Terkini

Saturday, 1 February 2025 - 09:58

Bantuan MyKasih 2025: Fasa 1 & Tarikh Bayaran

Wednesday, 29 January 2025 - 00:03

STR 2025 Tidak Lulus? Ini Kod Alasan dan Cara Rayuan

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15