Duit Koyak? Rosak? Kat Mana Nak Tukar? Ini Cara Nak Tukar

- Penulis

Thursday, 10 August 2023 - 06:23

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Telegram Rasmi 👆
Ada simpan duit kertas rosak dekat rumah? Jika ya, jangan dibuang!
Berkemungkinan besar wang kertas rosak yang anda simpan masih lagi bernilai sekiranya ditukar di Bank Negara Malaysia.
Bank Negara Malaysia menerima wang kertas dan duit syiling yang tidak sesuai untuk edaran untuk ditukar kepada duit baharu seperti:
– duit terbakar
– terkoyak
– berlubang
– kotor/lusuh
– kecut (kebanyakkannya duit polimer/ plastik)
– dimakan anai-anai
– luntur warna
– cacat
– hilang ciri-ciri keselamatan
– dan banyak lagi.
Rujuk video wang rosak Bank Negara Malaysia: https://www.facebook.com/bnm.official/videos/744858259738995

Pegawai BNM yang bertauliah akan menilai setiap wang kertas anda berpandukan spesifikasi yang berikut:
Penilaian Terperinci Wang Kertas / Syiling Cacat
Berikut kadar penilaian Bank Negara Malaysia berkaitan duit kertas rosak berdasarkan kategori:
1. Wang Kertas Conteng
Wang kertas yang terdapat perkataan, tanda, simbol, lukisan dan karikatur, sama ada ditulis atau dilakarkan pada permukaan wang kertas dengan sengaja.
– Nilai penuh akan diberikan kepada wang kertas yang mempunyai sedikit contengan
– Tiada nilai akan diberikan kepada wang kertas yang mempunyai contengan ketara (iaitu terdapat tanda pada potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, tulisan yang memaparkan slogan politik dan unsur keagamaan atau menggunakan wang kertas sebagai kad jemputan/pad tulis)
2. Wang Kertas Cacat
Nilai yang akan diberikan untuk sebarang wang kertas yang koyak, terbakar dan
dimakan anai-anai bergantung kepada keadaan berikut:
– Nilai penuh akan diberikan kepada wang kertas yang melebihi dua pertiga (2/3) daripada saiz asal
– Nilai separuh akan diberikan kepada wang kertas yang melebihi setengah (1/2) tetapi kurang dua pertiga (2/3) daripada saiz asal
– Tiada nilai akan diberikan kepada wang kertas yang kurang setengah (1/2) daripada saiz asal
3. Duit Syiling Cacat
Nilai muka akan diberikan sekiranya duit syiling itu memenuhi syarat-syarat berikut:
– Duit syiling tulen
– Rupa bentuknya dapat dikenalpasti
– Cacat atau calar yang tidak disengajakan atau haus
Sumber infografik: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Cara Tukar Duit Kertas Rosak
Jadi, apa nak buat kalau ada duit rosak?
Cara nak tukar duit kertas yang rosak ialah dengan membawa wang kertas /wang polimer / duit syiling yang rosak tadi ke mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia yang berhampiran dengan anda dan isi borang.
Anda boleh mendapatkan borang tersebut di kaunter.
Sekiranya cawangan Bank Negara Malaysia terlampau jauh dari rumah anda, anda boleh mencuba mendepositkan wang kertas rosak anda di Maybank, CIMB, BSN dan lain-lain.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.bnm.gov.my/MataWangMalaysia atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan BNM di 1-300-88-5465 atau e-mel bnmtelelink@bnm.gov.my.
Baca Juga :  Cara Mohon Pengeluaran KWSP Tahun 2022 ~ Bila-Bila Masa Di Mana Jua!
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Cara Buka Akaun ASNB Online & Cara Tambah Duit ASB online, Tak Perlu Ke Kaunter
2 CARA MUDAH TUKAR KAD MAYBANK SECARA ONLINE DAN DI KIOSK
Cara Daftar AKPK : Bantu Keluar Dari Kemelut Hutang & Pinjaman
eGumis ANM: Daftar Login Semakan Wang Tidak Dituntut Online
Cara Terminate ASB Loan, Tempoh & Penalti ASBF (CIMB, RHB, Maybank)
Cara Kira DSR Untuk Ketahui Kelayakan Pinjaman Rumah
Pinjaman KWSP FSA2 : Semak Status Terkini / Duit Masuk
Cara Keluarkan Duit Di ATM Tanpa Guna Kad
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Friday, 3 January 2025 - 11:47

Cara Buka Akaun ASNB Online & Cara Tambah Duit ASB online, Tak Perlu Ke Kaunter

Friday, 3 November 2023 - 07:15

2 CARA MUDAH TUKAR KAD MAYBANK SECARA ONLINE DAN DI KIOSK

Thursday, 2 November 2023 - 06:35

Cara Daftar AKPK : Bantu Keluar Dari Kemelut Hutang & Pinjaman

Wednesday, 1 November 2023 - 06:27

eGumis ANM: Daftar Login Semakan Wang Tidak Dituntut Online

Thursday, 10 August 2023 - 06:23

Duit Koyak? Rosak? Kat Mana Nak Tukar? Ini Cara Nak Tukar

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

STR 2025 Tidak Lulus? Ini Kod Alasan dan Cara Rayuan

Wednesday, 29 Jan 2025 - 00:03

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2025: Panduan dan Cara Mohon

Tuesday, 28 Jan 2025 - 22:38