Maksud Gaji Bersih, Gaji Kasar, Gaji Pokok & Perbezaannya

- Penulis

Sunday, 11 December 2022 - 06:51

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Apabila merancang kewangan, “gaji bersih” adalah jumlah penting yang biasanya kita perlu perhatikan.
Daripada jumlah gaji bersih inilah kita akan membuat perancangan kewangan setiap bulan termasuklah jumlah perbelanjaan dan simpanan.
Selain gaji bersih, kita juga biasa dengar istilah-istilah seperti “gaji kasar” dan “gaji pokok”. Jadi, apakah perbezaan antara ketiga-tiga istilah ini?
Maksud “gaji bersih”
Secara mudahnya, ia bermaksud jumlah duit yang anda terima atau dimasukkan ke dalam akaun bank anda untuk sesuatu pekerjaan yang dilakukan.
Jumlah ini juga adalah amaun yang telah ditolak seperti carumah KWSP, SOCO/Perkeso dan amaun-amaun lain yang mungkin dikenakan oleh sesebuah syarikat atau majikan itu.
Selain itu, gaji bersih juga sudah dicampurkan segala elaun tambahan yang diterima anda seperti elaun pengangkutan, elaun kerja lebih masa, elaun kedatangan dan sebagainya.
Jumlah elaun ini pula adalah atas ketetapak pihak majikan yang telah dipersetujui bersama dalam kontrak tawaran kerja kepada anda.
Maksud “gaji kasar”
Gaji kasar pula adalah gaji asas yang dicampur dengan segala elaun tambahan, tetapi belum ditolak segala potongan atau caruman.
Kebiasaannya, iklan tawaran kerja akan mengiklankan tawaran kerja beserta dengan jumlah “gaji kasar” kerana ianya nampak lebih tinggi berbanding “gaji bersih”.
Apabila ditawarkan sesuatu pekerjaan atau melihat iklan jawatan kosong, sebaiknya anda membuat kira semula jumlah “gaji kasar” untuk melihat berapakah sebenarnya jumlah yang akan anda terima setelah ditolak segala potongan.
Maksud “gaji pokok”
Gaji pokok juga bermaksud gaji asas atau biasanya kita panggil “gaji basic”.
Gaji pokok bermaksud jumlah gaji bulanan yang anda terima tanpa mencampurkan sebarang elaun dan potongan.
Sekiranya gaji pokok anda dalam surat tawaran kerja adalah RM2000 dan anda tidak mempunyai sebarang elaun, jumlah yang anda akan terima setiap bulan kemungkinan besar akan kurang daripada jumlah ini setelah ditolak segala potongan/caruman.
Sekiranya anda sedang mencari pekerjaan, sewaktu temuduga anda boleh bertanyakan kepada calon penemuduga sama ada jawatan kosong yang ditawarkan itu mempunyai sebarang elaun atau tidak.
Jangan terkejut, ada sesetengah pekerjaan yang menawarkan elaun yang lebih besar jumlahnya daripada gaji asas terutamanya bagi mereka yang kerja di lapangan.
Perbezaan antara ketiganya
Bagi memudahkan anda memahami perbezaan antara ketiga istilah ini, boleh rujuk formula mudah di bawah:
– Gaji pokok: Gaji asas sahaja
– Gaji kasar: Gaji asas + elaun (jika ada)
– Gaji bersih: Gaji asas + elaun (jika ada) – potongan
Biasanya kesemua ini akan dinyatakan dengan jelas dalam penyata gaji anda.
Bagi kakitangan kerajaan, anda boleh menyemak slip gaji anda melalui e-Penyata Gaji JANM.
Baca Juga :  Cara Keluarkan Duit Di ATM Tanpa Guna Kad
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Cara Buka Akaun ASNB Online & Cara Tambah Duit ASB online, Tak Perlu Ke Kaunter
2 CARA MUDAH TUKAR KAD MAYBANK SECARA ONLINE DAN DI KIOSK
Cara Daftar AKPK : Bantu Keluar Dari Kemelut Hutang & Pinjaman
eGumis ANM: Daftar Login Semakan Wang Tidak Dituntut Online
Duit Koyak? Rosak? Kat Mana Nak Tukar? Ini Cara Nak Tukar
Cara Terminate ASB Loan, Tempoh & Penalti ASBF (CIMB, RHB, Maybank)
Cara Kira DSR Untuk Ketahui Kelayakan Pinjaman Rumah
Pinjaman KWSP FSA2 : Semak Status Terkini / Duit Masuk
Berita ini 2 kali dibaca

Berita Terkait

Friday, 3 January 2025 - 11:47

Cara Buka Akaun ASNB Online & Cara Tambah Duit ASB online, Tak Perlu Ke Kaunter

Friday, 3 November 2023 - 07:15

2 CARA MUDAH TUKAR KAD MAYBANK SECARA ONLINE DAN DI KIOSK

Thursday, 2 November 2023 - 06:35

Cara Daftar AKPK : Bantu Keluar Dari Kemelut Hutang & Pinjaman

Wednesday, 1 November 2023 - 06:27

eGumis ANM: Daftar Login Semakan Wang Tidak Dituntut Online

Thursday, 10 August 2023 - 06:23

Duit Koyak? Rosak? Kat Mana Nak Tukar? Ini Cara Nak Tukar

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15