Home / Uncategorized

PM umum bantuan khas RM300 kepada penjawat awam, RM200 pesara

- Penulis

Saturday, 29 July 2023 - 02:31

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Anwar berkata bayaran bantuan berkenaan dijangka dibuat dalam tempoh dua minggu dari sekarang. – Gambar fail
Telegram Rasmi 👆
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, kerajaan akan menyediakan bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bantuan RM200 kepada pesara kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
“Bantuan khas ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam termasuk lantikan kontrak, serta lebih sejuta pesara. Dengan pemberian permulaan ini diharap penjawat awam akan terus berusaha gigih untuk menyokong hasrat melaksanakan pembaharuan,” katanya.
Beliau membuat pengumuman itu ketika berucap pada Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di sini hari ini.
Anwar berkata bayaran bantuan berkenaan dijangka dibuat dalam tempoh dua minggu dari sekarang.
Menurutnya bantuan khas itu diumumkan sementara kajian gaji dan elaun diperincikan.
Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Sementara itu, Anwar berkata kerajaan terus komited untuk menyelaraskan gaji penjawat awam berpandukan kepada kemampuan kewangan kerajaan.
“Ekonomi MADANI, memberi perkhidmatan terbaik sekali gus membantu ruang fiskal kerajaan agar hasrat kerajaan untuk merealisasikan gaji baharu perkhidmatan awam menjadi kenyataan,” katanya.
Pada 13 Julai lepas, Perdana Menteri berkata skim gaji penjawat awam akan disaran dinaikkan secara berperingkat berdasarkan keupayaaan ekonomi negara dan cadangan itu akan dikemuka dalam mesyuarat dengan Mohd Zuki serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Zulkapli Mohamad sebelum Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos ini.
Sumber : Awani
Baca Juga :  Bantuan Internet | Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih | Tahun 2023
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15