Cara Kira DSR Untuk Ketahui Kelayakan Pinjaman Rumah

- Penulis

Tuesday, 25 July 2023 - 07:26

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy

https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Telegram Rasmi πŸ‘†
Nak semak kelayakan beli rumah? Anda boleh guna formula pengiraan DSR rumah.
Ramai individu yang menyangka bahawa apabila mereka ingin membeli rumah impian, perkara utama yang dilihat oleh pihak bank adalah jumlah pendapatan pembeli semata-mata.
Namun, jangan terkejut kerana ada individu yang mempunyai pendapatan besar tetap ditolak permohonan mereka untuk mendapatkan pinjaman pembiayaan rumah.
Bagaimanakah ini mungkin terjadi?
Kerana mereka tidak mengetahui bahawa pihak bank akan melihat kepada kadar Debt Service Ratio (atau DSR) pembeli terlebih dahulu sebelum pinjaman perumahan mereka akan diluluskan.
Faktor Kelayakan Pinjaman Untuk Beli Rumah
Secara umumnya, terdapat 3 faktor atau komponen utama yang dilihat oleh pihak bank untuk meluluskan pinjaman perumahan seseorang pemohon:
1) CTOS
2) CCRIS
3) DSR
Kali ini, mari lihat lebihh lanjut mengenai apa itu DSR dan bagaimana cara mudah anda mengira sendiri pengiraan DSR.
Apa itu DSR?

DSR @ Debt Service Ratio boleh diterjemahkan sebagai nisbah pembiayaan hutang iaitu nisbah jumlah hutang seseorang individu dibandingkan dengan pendapatan isi rumahnya.
Secara mudah difahaminya, ia adalah kayu ukur kemampuan seseorang melangsaikan hutang peminjam.
Disebabkan itulah kadar DSR ini dijadikan penandu ukur pihak bank sama ada sesesuatu permohonan itu layak diluluskan atau tidak.
Secara umumnya kadar DSR ini ditetapkan sendiri oleh pihak Bank Negara Malaysia dimana kadar DSR maksimum sekitar 70%.
Namun, kadar ini mungkin sedikit berbeza antara sesuatu bank dengan bank yang lain mengikut kriteria penilaian risiko mereka sendiri.
Sekiranya DSR anda adalah bawah 70%, maka kebarangkalian pemohonan anda akan diluluskan untuk tujuan pembiayaan perumahan adalah tinggi.
Pihak bank semestinya lebih mudah tertarik dengan pemohon yang mempunyai kadar DSR yang rendah kerena mereka tahu bahawa pemohon mempunyai lebihan pendapatan berbanding gaji yang diterima mereka untuk melangsaikan hutang bersama pihak bank kelak sekiranya pinjaman mereka dilluluskan.
Secara ringkasnya, pihak bank dapat mengurangkan risiko mereka sendiri apabila hanya meluluskan pinjaman terhadap pemohon yang mempunyai DSR yang rendah.

Formula Pengiraan Kelayakan Beli Rumah (DSR)
Untuk mengira sendiri DSR rumah, anda boleh menggunakan formula mudah di bawah:
DSR – (Jumlah komitmen hutang / Pendapatan bulanan) x 100%
Hutang yang diambil kira untuk pengiraan kadar DSR ini adalah hutang seperti hutang kereta, rumah, pinjaman peribadi, kad kredit, PTPTN dan hutang-hutang dengan institusi/agensi kerajaan.
Sementara itu, pendapatan bulanan juga hanya diambil kira pendapatan bersih anda sahaja iaitu pendapatan anda setelah ditolak EPF, SOSCO, EIS dan sebagainya.
Tambahan: 6 Tips Beli Rumah
6 PUNCA MUDAHKAN BELI RUMAH?
Bila ada yang berjaya beli rumah mula kerja, kita akan tumpang kagum sebenarnya. Mengapa mereka mudah beli rumah?
1) ADA ILMU HARTANAH
Semakin banyak ilmu kita semakin kecil peluang kita buat silap, loan dengan siapa?, rumah jenis apa?, boleh kena tipu ker? Gaji saya layak beli rumah apa? Apa formula hartanah mudah?
2) SEMAK KELAYAKKAN KITA
Singgah mana mana bank dan bawa slip gaji untuk semak kelayakkan rumah yang mampu kita beli. Beli ikut kelayakkan gaji, dah ada rumah pertama. Pasang impian nak beli rumah kedua.
3) SEDIAKAN DEPOSIT
Selagi kita tiada simpanan, kita akan masuk dalam golongan yang selalu merungut β€œrumah mahal giler”. Kita harus belajar menabung dari sekarang. Semakin tebal tabungan makin cemerlang dan cerah peluang.
4) JAGA REKOD CCRIS KITA
Jika kita tak bayar PTPTN kita sebab dapat penangguhan dan boleh keluar negara. Bersedia untuk permohonan rumah pertama ditolak oleh bank mana mana. Hubungi pegawai PTPTN untuk berbincang dan bayar secara seimbang.
5) CANTIKKAN DEBT SERVICE RATIO (DSR)
Bila kita dah apa pinjaman peribadi, β€˜terbeli’ honda city peluang untuk beli rumah jadi sukar. Tahan diri dulu untuk bergaya dengan kereta.
6) TANGGUH BUAT ASB FINANCING
Jika tahun itu nak beli rumah, tangguh dulu nak buat ASBF agar rekod CCRIS kita baik dan DSR kita cantik.
Jika semua ini berjaya dijaga, peluang beli rumah mudah dan tetap ada.
Sumber: Azizul Azli
Baca Juga :  Cara Renew Passport Online Melalui Portal MyOnline Passport
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Cara Buka Akaun ASNB Online & Cara Tambah Duit ASB online, Tak Perlu Ke Kaunter
2 CARA MUDAH TUKAR KAD MAYBANK SECARA ONLINE DAN DI KIOSK
Cara Daftar AKPK : Bantu Keluar Dari Kemelut Hutang & Pinjaman
eGumis ANM: Daftar Login Semakan Wang Tidak Dituntut Online
Duit Koyak? Rosak? Kat Mana Nak Tukar? Ini Cara Nak Tukar
Cara Terminate ASB Loan, Tempoh & Penalti ASBF (CIMB, RHB, Maybank)
Pinjaman KWSP FSA2 : Semak Status Terkini / Duit Masuk
Cara Keluarkan Duit Di ATM Tanpa Guna Kad
Berita ini 1 kali dibaca

Berita Terkait

Friday, 3 January 2025 - 11:47

Cara Buka Akaun ASNB Online & Cara Tambah Duit ASB online, Tak Perlu Ke Kaunter

Friday, 3 November 2023 - 07:15

2 CARA MUDAH TUKAR KAD MAYBANK SECARA ONLINE DAN DI KIOSK

Thursday, 2 November 2023 - 06:35

Cara Daftar AKPK : Bantu Keluar Dari Kemelut Hutang & Pinjaman

Wednesday, 1 November 2023 - 06:27

eGumis ANM: Daftar Login Semakan Wang Tidak Dituntut Online

Thursday, 10 August 2023 - 06:23

Duit Koyak? Rosak? Kat Mana Nak Tukar? Ini Cara Nak Tukar

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

STR 2025 Tidak Lulus? Ini Kod Alasan dan Cara Rayuan

Wednesday, 29 Jan 2025 - 00:03

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2025: Panduan dan Cara Mohon

Tuesday, 28 Jan 2025 - 22:38