‘Doktor kata tiada ubat’

- Penulis

Friday, 21 July 2023 - 05:27

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



AHMAD Arfan tidak dapat ke sekolah sejak empat tahun lalu. FOTO Ihsan Mohd Basir Mohd Nor
Kuala Terengganu: Bukan hanya terlantar seperti bayi namun Ahmad Arfan Farhat Mohd Basir juga tidak dapat melihat kerana menghidap penyakit saraf dikenali Adrenaleukody Strophyzx-Linked.
Lebih menyedihkan apabila Ahmad Arfan Farhat, 13, yang dilahirkan normal juga tidak dapat ke sekolah sejak empat tahun lalu akibat derita ditanggungnya.
Bapanya, Mohd Basir Mohd Nor, 41, berkata, dia dan isteri, Aizan Md Shah, 41, sudah berikhtiar bermacam cara termasuk ke hospital dan klinik swasta bagi mencari penawar buat anak sulung mereka itu namun belum ditakdirkan sembuh.
“Banyak tempat sudah kami pergi, tetapi tak nampak perubahan, malah doktor kata penyakit anak tidak boleh dirawat dan tiada ubat.
“Fisioterapi juga tidak boleh membantu dan doktor pernah meramalkan jangka hayat anak boleh hidup 10 tahun saja daripada tarikh dia disahkan ada penyakit itu.
“Nak kata tak sedih tipu kerana sebagai manusia biasa memang ada perasaan itu tapi nak lari ke mana kerana Allah sudah tetapkan takdirnya begitu.
“Jadi, saya dan isteri pujuk hati untuk reda dan jalani kehidupan macam biasa,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Bercerita lanjut, Mohd Basir berkata, Ahmad Arfan Farhat dulunya seorang kanak-kanak yang aktif dan cerdik cuma pendiam.


MOHD Basir cekal menjaga Ahmad Arfan. FOTO Ihsan Mohd Basir Mohd Nor
Bagaimanapun, segalanya berubah selepas mengalami simptom penglihatan kabur ketika berumur sembilan tahun.
“Simptom itu jadi dengan tiba-tiba dan ketara apabila Arfan (nama panggilan) menulis pun jadi senget. Menyedari ada yang tidak kena mendorong saya dan isteri bawa Arfan ke hospital.
“Hasil ujian Imbasan Pengimejan Resonas Magnetik (MRI) dijalankan mendapati Arfan ada penyakit saraf. Dalam tempoh lima bulan, kesihatannya merosot dan akhirnya terlantar hingga tak dapat bersekolah,” katanya.
Mohd Basir berkata, keadaan Ahmad Arfan Farhat tidak membolehkan dia dan isteri sama-sama bekerja kerana salah seorang perlu membantu menguruskan anak mereka itu di rumah.
“Memandangkan saya ketua keluarga jadi saya yang keluar bekerja. Lagipun, kalau isteri bekerja, Arfan perlu dihantar ke pengasuh namun siapa yang sanggup menjaganya dengan keadaan begitu kerana orang tak akan terima.
“Buat masa ini kami guna duit sendiri saja untuk keperluan Arfan walaupun tak cukup sebenarnya kerana perlu sara dua anak yang lain,” katanya.
Menurut Mohd Basir, perkongsiannya di TikTok pula bukan bertujuan meraih simpati sesiapa tetapi untuk berkongsi pengalaman menjaga anak syurga.
“Pada masa sama, saya nak minta doa daripada orang ramai sebenarnya namun bersyukur kerana ada juga yang memberi sumbangan.
“Terima kasih dan sebagai bapa, saya akan terus berikhtiar kerana yakin setiap penyakit pasti ada penawarnya. Andai kata Allah SWT beri anak saya sembuh, syukur Alhamdulillah dan jika tidak, saya terima dengan reda,” katanya.
Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 162432908321 atas nama Mohd Basir Mohd Nor atau menghubunginya di talian 013-211 9447.
Sumber : Harian Metro
Baca Juga :  Kakak direman enam hari, tiada ahli keluarga hadir di mahkamah
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15