Home / Uncategorized

KWSP cadang perkenal Akaun 3

- Penulis

Thursday, 13 July 2023 - 06:00

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Telegram Rasmi πŸ‘†
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bercadang untuk memperkenalkan Akaun 3 yang membolehkan pengeluaran simpanan dibuat pada bila-bila masa.
Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein, berkata Akaun 3 yang dicadangkan itu akan berfungsi seperti akaun simpanan dan ahli boleh mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa.
Beliau berkata, cadangan memperkenalkan akaun itu juga adalah untuk memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli.
Katanya, dengan adanya Akaun 3 itu juga bertujuan untuk menarik minat mereka yang dalam sektor tidak formal untuk membuat caruman dengan KWSP.
“Akaun 3 akan berfungsi seperti akaun simpanan. Ia adalah untuk memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli,” katanya pada taklimat khas KWSP secara maya hari ini.
Mengenai kadar simpanan yang diperuntukkan bagi Akaun 3, Nurhisham berkata, ia mungkin membabitkan antara lima hingga 10 peratus.
Beliau berkata, dengan adanya Akaun 3 yang fleksibel, peratusan caruman bagi Akaun 1 juga akan dinaikkan.
Katanya, ahli juga akan mempunyai opsyen untuk memindahkan dana simpanan daripada Akaun 3 ke Akaun 1 dan Akaun 2.
Nurhisham berkata, dividen bagi Akaun 3 dijangka lebih rendah memandangkan akaun itu berfungsi seperti akaun simpanan.
Struktur skim simpanan KWSP ketika ini bagi ahli berumur bawah 55 tahun terdiri daripada Akaun 1 dan Akaun 2 dengan kadar peratusan 70 peratus dan 30 peratus.
Mulai 1 Januari 2017, ahli yang telah mencapai umur 55 tahun dan masih bekerja akan mempunyai dua akaun iaitu Akaun Emas dan Akaun 55.
Akaun 55 ialah gabungan Akaun 1 dan Akaun 2 apabila mencapai umur 55 tahun dan ia boleh dikeluarkan pada bila-bila masa setelah ahli mencapai umur 55 tahun.
Akaun Emas pula ialah akaun yang diwujudkan setelah ahli berumur 55 tahun dan mana-mana caruman yang diterima selepas ahli mencapai umur itu akan dikreditkan ke akaun berkenaan dan hanya boleh dikeluarkan setelah mencapai umur 60 tahun.
Sumber : Berita Harian Online
Baca Juga :  Subsidi RM5,000 tukar kereta baharu
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Peluang Kerjaya Terkini di POS Malaysia Berhad
[VIDEO] β€˜Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Berita ini 1 kali dibaca
Tag :

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15

RESEPI BARU

Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom

Tuesday, 4 Feb 2025 - 09:00