Bayi lemas terlepas daripada pegangan bapa ketika berkayak di sungai – Info Malaysia

- Penulis

Saturday, 8 July 2023 - 08:09

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



ADRYAN Mikail lemas akibat terjatuh sungai ketika dibawa berkayak oleh bapanya. FOTO Ihsan Pembaca
Baling: Bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan yang ditemukan lemas di Sungai Ketil, Lubuk Pedati, dekat sini dipercayai menaiki kayak bersama bapanya sebelum terlepas dari pegangan lelaki itu.
Bayi lelaki yang lemas itu dikenali sebagai Adryan Mikhael Muhammad Afiq.
Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shamsudin Mamat, bapa mangsa berusia 30 tahun dipercayai tergelincir sebelum bayi itu terlepas dari pegangannya dalam kejadian 11.50 pagi tadi.
Beliau berkata, bayi berkenaan kemudian dihanyutkan air sehingga ke Kampung Sungai Limau, di sini.
“Ketika kejadian, ibu mangsa bersama ahli keluarga dan rakan turut berada di tempat kejadian.
“Kami menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12 tengah hari sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan bersama anggota Balai Bomba dan Penyelamat Baling serta anggota Balai Polis Baling,” katanya dalam kenyataannya hari ini.
Shamsudin berkata, mayat bayi berkenaan ditemukan pada 12.45 tengah hari dengan bantuan orang awam dan penduduk kampung di Kampung Sungai Limau.
Beliau berkata, mayat Adryan Mikhael dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.
Sumber : Harian Metro
Baca Juga :  Diuji Kanser Sarcoma, Dr Zulkifli Kongsi Kisah Arwah Anak Tak Pernah Tinggal Solat Walau Tenat
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Berita ini 1 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15