Terhidu bau busuk, adik terkejut jumpa mayat abang dalam bonet kereta – Info Malaysia

- Penulis

Wednesday, 5 July 2023 - 10:53

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Baru-baru ini, tular beberapa foto dan video memaparkan sebuah kereta dibiarkan tersadai di tepi jalan berhampiran Kampung Lombong, Shah Alam, Selangor dan difahamkan ia sudah beberapa hari berada di situ.
Adik jumpa kereta abang tepi bahu jalan
Terbaharu, misteri yang menyebabkan kenderaan tersebut tersadai akhirnya terjawab juga apabila terdapat pengguna Facebook mendakwa adik kepada mangsa menemui kereta dipercayai milik abangnya di kawasan tersebut.
Menerusi tangkapan layar dikongsikan pengguna terbabit, adik mangsa telah membuat laporan polis setelah mendapati kereta dan pemandu terbabit dilaporkan hilang sejak Ahad.
Dakwanya, adik mangsa menjumpai kereta milik abangnya setelah mencari di sebuah kawasan projek yang dikendalikan mangsa, namun ditemui dalam keadaan tidak berkunci.
“Kesnya macam ni, kereta dan pemandu dah hilang dua hari. Hari ini, adik dia buat laporan polis dan mohon bantuan dari kawan-kawan berhampiran untuk mencari pemilik.
“Kebetulan adik dia tahu abang dia ada buat projek di kawasan Jalan Kebun ni. Justeru, adik dia carilah di situ dan terjumpa kereta dibiarkan parkir di bahu jalan,”ujar pemilik mesej tular terbabit.


Hidu bau busuk, jumpa mayat abang dalam bonet kereta
Akan tetapi, adik mangsa dikatakan terhidu bau busuk di bahagian bonet kereta sebelum membuka dan menemui bungkusan dipercaya mayat yang dibungkus dalam plastik hitam.
“Adik dia pun buka kereta yang dalam keadaan tidak berkunci tapi dalam kereta tak ada apa-apa. Pada masa yang sama, adik dia terhidu bau di bahagian bonet belakang dan selepas ia dibuka, dia terkejut melihat bungkusan dipercayai mayat dibungkus dalam plastik hitam dan terus menghubungi orang sekeliling untuk mendapatkan bantuan,”katanya lagi.


Mangsa dipercayai seorang warganegara asing yang menetap di Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor dan keluar dari rumahnya untuk mendapatkan gaji daripada majikan.
Sementara itu, ada individu menasihati orang ramai agar tidak mendedahkan maklumat peribadi seperti harta kekayaan atau kemewahan sedia ada termasuk lokasi di media sosial.
Ini kerana kes ‘pembunuhan’ tersebut berkemungkinan dilakukan oleh individu dikenali dan mangsa juga seorang pekerja buruh binaan.


Setakat ini, masih belum ada sebarang kenyataan daripada pihak polis berhubung insiden terbabit.
Sumber: FB Pooja Sharika Alagan, Mawarruzz Hanie, Majoriti (Engku Shariful Azni), TikTok @safikrajajudi, Ohmymedia.cc
Baca Juga :  Suami Isteri Maut, Kereta Terbabas Dalam Perjalanan Hantar Barang Anak Masuk Kolej Matrikulasi - Info Malaysia
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Berita ini 2 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15