Home / Uncategorized

STR 2023 Fasa 3 – Senarai Kod Alasan Tidak Lulus

- Penulis

Wednesday, 28 June 2023 - 02:53

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Telegram Rasmi πŸ‘†
PERMOHONAN RAYUAN STR FASA 3 – 2023 | Anda tidak layak untuk terima bayaran STR 2023 | Ini adalah langkah untuk permohonan Rayuan serta sebab dan Kod tidak layak menyebabkan anda tidak Lulus.
Semakan Status Tidak Lulus & Alasan
Semakan status kelulusan STR Fasa 3 dibuka mulai 26 Jun 2023.
Bagi mereka yang tidak lulus, permohonan rayuan boleh dibuat mulai 3 hingga 31 Julai 2023.
LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.
Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.
Alasan tidak lulus STR boleh disemak melalui menu > Semakan Status.
KELAYAKAN PERMOHONAN RAYUAN STR FASA 3
Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan STR Fasa 3 adalah:
Pemohon yang berstatus Tidak Lulus STR Fasa; atau
Pemohon yang berstatus Lulus STR Fasa 3 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.


KOD ALASAN TIDAK LULUS STR
Jika anda telah membuat semakan status STR ,akan dipaparkan alasan tidak lulus NKM  melalui KOD TIDAK LULUS STR  yang dinyatakan. Antara alasan TIDAK LULUS STR  adalah seperti berikut:
KOD TIDAK LULUS ALASAN TIDAK LULUS
01 Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan
02 Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan
03 Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan
04 Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data agensi
05 Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahan
06 Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang
07 Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa
08 Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000
09 Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500
10 Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi
11 Pemohon / Pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian
12 Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
13 Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
14 Pemohon memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian
15 Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
16 Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Anak melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40)
17 Pemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pemilikan Hartanah / Pembelian Saham Hartanah yang melebihi RM500,000
18 Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi
19 Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian 20 Semakan mendapati Anak Pemohon / Pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi
21 Pemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
22 Pemohon wujud sebagai Anak di permohonan lain
23 Pasangan wujud sebagai Pemohon di permohonan lain
24 Pasangan wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
25 Pasangan wujud sebagai Anak di permohonan lain
26 Anak telah membuat permohonan lain
27 Anak wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
29 Pemohon berstatus Kahwin tetapi tiada maklumat Pasangan
30 Pemohon berstatus Kahwin tetapi maklumat Pasangan tidak lengkap
31 Status Perkahwinan perlu pengesahan
32 Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan
33 Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian Pasangan
34 Pasangan meninggal dunia
35 Anak meninggal dunia
36 Pendapatan perlu pengesahan
38 Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan
41 Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan pemohon / pasangan memiliki kediaman melebihi syarat kelayakan
Baca Juga :  Pengeluaran KWSP yang dibenarkan pada tahun 2023
KETERANGAN STATUS TIDAK LULUS KATEGORI BUJANG (KOD 06)
1)!Permohonan STR Fsa 1 saya tidak lulus kerana pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang (Kod 06). Apakah yang dimaksudkan dengan tidak melepasi syarat kelayakan berkenaan?
Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang sekiranya:
– Berstatus pelajar pada tahun 2022/2023; atau
– Berumur 19 tahun – 20 tahun dan bukan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU)
2) Saya masih belajar dan Permohonan STR FAsa 1 saya adalah berstatus Tidak Lulus bagi Kategori Bujang (Kod 06). Adakah saya boleh membuat Permohonan Rayuan STR?
– Pelajar sepenuh masa Tidak Layak untuk membuat Permohonan STR. Walau bagaimanapun maklumat anda boleh didaftarkan sebagai anak di permohonan ibu bapa. Permohonan Rayuan BKM hanya dibenarkan sekiranya tamat pengajian sesi 2022/2023 atau sekiranya anda merupakan pelajar separuh masa. Maklumat dokumen sokongan yang perlu dikemukakan akan dimaklumkan kemudian.
PERMOHONAN RAYUAN STR TIDAK DIBENARKAN SECARA DALAM TALIAN
Berikut adalah permohonan rayuan yang tidak boleh dibuat secara online bagi kod TIDAK LULUS yang berikut:
KOD TIDAK LULUS ALASAN TIDAK LULUS
19 Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian Semakan mendapati Anak Pemohon / Pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi
21 Pemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
22 Pemohon wujud sebagai Anak di permohonan lain
23 Pasangan wujud sebagai Pemohon di permohonan lain
24 Pasangan wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
25 Pasangan wujud sebagai Anak di permohonan lain
26 Anak telah membuat permohonan lain
27 Anak wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
Baca Juga :  Senarai Bantuan Kerajaan Bulan November Tahun 2022 | Semak Hari Ini
NOTA: perlu kemukakan Rayuan ke Cawangan LHDNM yang berdekatan bersama Borang Rayuan STR yang lengkap dan dokumen sokongan (jika berkaitan) mulai (Akan dikemaskini kemudian)
TARIKH PERMOHONAN RAYUAN STR FASA 3
Permohonan Rayuan STR 2023 boleh dibuat:
– Secara dalam talian – mulai (akan dibuka pada masa akan datang)*.
– Secara borang kertas – mulai (akan dibuka pada masa akan datang)*.
* tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa
CARA BUAT PERMOHONAN RAYUAN STR FASA 3
Terdapat dua cara permohonan rayuan boleh dibuat.
1) Melalui atas talian pada laman web MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx
login ke dalam sistem MySTR klik PermohonanRayuan.
2) Penghantaran Borang Rayuan STR di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran (Borang Rayuan akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan).
NOTA: Perlu diingat bahawa dokumen sokongan diperlukan semasa melakukan rayuan ianya bergantung kepada jenis kod tidak lulus anda.
SEMAKAN STATUS KELULUSAN RAYUAN STR FASA 3
Permohonan yang diluluskan akan menerima STR boleh membuat semakan status rayuan terkini boleh dibuat secara atas talian:
1) Layari laman web rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx
2) Masukkan  no kad pengenalan anda
3) Masukkan kod catcha yang tertera
4) Tekan semak
5) Status BKM anda akan terpapar: 
– Nombor Pengenalan Akaun dikredit
– Nama Penerima
– Fasa Pembayaran
– Jumlah dikredit
– Status Kredit
– Nama Bank
– Nombor Akaun Bank
6) Maklumat permohonan dan status kelulusan rayuan anda akan dipaparkan.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika ingin maklumat lanjut & pertayaan tentang BKM
Sila hubungi nombor hotline BLM di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:
1-800-88-2747
Sila hubungi nombor hotline BKM di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:
03-8882 4565
03-8882 4566
Sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:
03- 89111000
Info terkini, Semakan Status Kelulusan, Cara Mohon dan Daftar dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk soalan lazim (FAQ) di portal rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Peluang Kerjaya Terkini di POS Malaysia Berhad
[VIDEO] β€˜Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15

RESEPI BARU

Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom

Tuesday, 4 Feb 2025 - 09:00