Gangguan Orang Ketiga : Cara Buat Aduan ‘PEROSAK’ Rumah Tangga (2023)

- Penulis

Monday, 26 June 2023 - 00:03

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Gangguan orang ketiga sering dikaitkan jika berlaku masalah dalam rumahtangga antara suami dan isteri. Isu ini bukan isu baharu yang masyarakat sedang hadapi, namun saban tahun terlalu banyak kes yang menunjukkan rumatangga tidak dapat diselamatkan ekoran gangguan dari perosak ini, iaitu orang ketiga.


Undang-undang Syariah Gangguan Orang Ketiga
Namun, tahukah kita bahawa terdapat undang-undang syariah bagi “orang ketiga dalam perkahwinan” atau “gangguan orng ke-3” di mana kita boleh membuat aduan sekiranya menjadi mangsa.
Kesalahan tersebut diletak di bawah ENAKMEN 11 TAHUN 2013 – ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013 (BAHAGIAN V – KESALAHAN PELBAGAI).
Kenyataannya adalah;
“Mana-mana orang yang mengganggu rumah tangga orang lain dengan apa-apa cara dan mempengaruhinya supaya mengabaikan tanggungjawab rumah tangga sedia ada melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM3000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh memerintahkan lelaki atau perempuan itu supaya kembali kepada isteri atau suaminya.”


Dalam kalangan kenalan kita mungkin ramai yang masih tidak tahu akan perkara ini. Justeru, menjadi tanggungjawab kita untuk menjelaskan kepada mereka yang sedang diganggu oleh orang ketiga ini untuk segera bertindak dengan segala bukti yang ada.
Tindakan kita sebenarnya bakal meyelamatkan lebih banyak perkahwinan dan juga memberi kesedaran atau balasan terhadap mana-mana individu yang suka menganggu rumahtangga orang lain.
Siapakah Orang Ketiga
Menurut Peguam Syari’e dari website Abdul, Low And Partners, tidak ada takrifan yang khusus berkenaan orang ketiga kerana sesiapa sahaja boleh menjadi orang ketiga dalam suatu hubungan suami isteri. Namun secara amnya orang ketiga adalah pihak yang cuba untuk mengeruh, mengganggu serta meruntuhkan sesebuah institusi kekeluargaan. Orang ketiga ini termasuklah :
1) Ahli keluarga sendiri seperti ibu bapa, adik beradik, ipar duai dan sebagainya;
2) Kekasih atau bekas kekasih;
3) Rakan, rakan sekerja atau majikan;
4) Jiran.
5) Dan lain-lain.
Apakah Perbuatan Yang Dianggap Sebagai Gangguan Orang Ketiga
Berdasarkan Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, terdapat beberapa bentuk kesalahan yang boleh didakwa sebagai gangguan orang ketiga iaitu:
– Memujuk lari atau membawa pergi atau mempengaruhi perempuan bersuami supanya meninggalkan rumahtangga;
– Menghalang pasangan suami isteri yang sah daripada hidup sebagai suami isteri;
– Menghasut, memaksa, memujuk suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan tanggungjawab.
Menurut dari infografik yang dikongsi oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), terdapat seksyen 32, 33 dan 34 yang boleh dihukum.


Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Ada Gangguan Orang Ketiga
Boleh membuat aduan di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam di negeri Encik/Puan bermastautin. Hal ini adalah kerana kesalahan-kesalahan ini adalah termasuk dalam kategori kesalahan jenayah syariah dan hanya Pendakwa Syarie yang mempunyai bidangkuasa untuk memulakan kes jenayah.
Bahagian Penguatkuasaan akan meneruskan siasatan terperinci jika terdapat bukti yang kukuh berkenaan aduan tersebut dan seterusnya mendakwa pihak ketiga tersebut di Mahkamah Syariah.
Maklumat Yang Diperlukan Sebelum
 Membuat Aduan
Sebelum membuat aduan gangguan orang ketiga di Jabatan Agama Islam, adalah disarankan agar  menyediakan bukti dan dokumen berkaitan aduan gangguan orang ketiga tersebut. Antara dokumen/bukti yang diperlukan ialah :
– Maklumat diri orang ketiga;
– Gambar yang membuktikan gangguan orang ketiga;
– Screenshot mesej/perbualan antara pasangan dan pihak ketiga;
– Dokumen-dokumen lain seperti resit hotel, video, etc.
Cara Buat Aduan
Sekiranya anda menjadi mangsa gangguan orang ke-3 dan ingin membuat aduan, anda boleh kemukakannya melalui langkah berikut:
– Membuat aduan di Unit Penguatkuasaan dan Pendakwaan, jabatan agama Islam negeri yang berdekatan.
– Menjelaskan bentuk gangguan atau hubungan pasangan dengan orang ketiga dan kesannya terhadap rumah tangga.
– Mengemukakan bukti kukuh dalam bentuk dokumen atau saksi mengenai gangguan orang ketiga.
– Aduan yang dibuat oleh mangsa akan disiasat secara terperinci oleh Pegawai Penguatkuasa dan jika ada bukti kes akan didakwa di Mahkamah Syariah.
– Jika disabitkan bersalah, orang ketiga tersebut akan dikenakan hukuman yang telah ditetapkan dalam undang-undang berkaitan
Penutup
Justeru, jika pernah diganggu atau tahu ada kenalan yang sedang diganggu oleh orang ketiga, pastikan mangsa mengetahui hak yang sepatutnya.
Jangan biarkan perosak mengambil kesempatan di atas kepolosan kita hinggakan banyak hati yang terluka, terutama anak-anak dan keluarga. Moga sesiapa sahaja yang sedang melalui ujian ini bertabah dan bersabar serta bertindak segera mengikut lunas undang-undang yang sepatutnya.
Namun, jika terjadi perkara tidak diingini seperti terlerainya sebuah ikatan perkahwinandisebabkan gangguan orang ketiga atau lain-lain, jangan terus menunduk lemah. Bangkit dan jalani kembali kehidupan dan dapatkan BANTUAN untuk anda melalui saluran yang sepatutnya.
Semoga dipermudahkan!
Baca Juga :  eGUMIS: Cara Semakan Wang Tak Dituntut Secara Online
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Cara Buka Akaun ASNB Online & Cara Tambah Duit ASB online, Tak Perlu Ke Kaunter
2 CARA MUDAH TUKAR KAD MAYBANK SECARA ONLINE DAN DI KIOSK
Cara Daftar AKPK : Bantu Keluar Dari Kemelut Hutang & Pinjaman
eGumis ANM: Daftar Login Semakan Wang Tidak Dituntut Online
Duit Koyak? Rosak? Kat Mana Nak Tukar? Ini Cara Nak Tukar
Cara Terminate ASB Loan, Tempoh & Penalti ASBF (CIMB, RHB, Maybank)
Cara Kira DSR Untuk Ketahui Kelayakan Pinjaman Rumah
Pinjaman KWSP FSA2 : Semak Status Terkini / Duit Masuk
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Friday, 3 January 2025 - 11:47

Cara Buka Akaun ASNB Online & Cara Tambah Duit ASB online, Tak Perlu Ke Kaunter

Friday, 3 November 2023 - 07:15

2 CARA MUDAH TUKAR KAD MAYBANK SECARA ONLINE DAN DI KIOSK

Thursday, 2 November 2023 - 06:35

Cara Daftar AKPK : Bantu Keluar Dari Kemelut Hutang & Pinjaman

Wednesday, 1 November 2023 - 06:27

eGumis ANM: Daftar Login Semakan Wang Tidak Dituntut Online

Thursday, 10 August 2023 - 06:23

Duit Koyak? Rosak? Kat Mana Nak Tukar? Ini Cara Nak Tukar

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15