Cara Buat Pengeluaran Simpanan ASB Secara Online myASNB Tahun 2023

- Penulis

Tuesday, 23 May 2023 - 06:25

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Seperti yang telah dilaporkan oleh pihak Amanah Saham Nasional ASNB beberapa hari lalu, mereka telah mengumumkan agihan pendapatan bagi dana utamanya Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Dimana ia sebanyak 3.35 sen seunit, bonus 1.25 sen seunit dan Bonus Tambahan 0.50 sen seunit untuk 30,000 unit pertama.

Jumlah kseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM8.9 bilion ianya sekaligus akan memanfaatkan 10.6 juta pemegang unit yang memiliki sebanyak 186.4 bilion unit dalam ASB.

Maka dengan itu, ASB telah berjaya  memberikan pengagihan pendapatan yang kompetitif, mengatasi penanda aras sebelumnya iaitu kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank yang mencatatkan kadar purata sebanyak 2.27% sepanjang tahun ini.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Arifin Zakaria dalam satu kenyataan mengulas, Walaupun dalam keadaan pasaran yang sukar, PNB telah memberi agihan pendapatan yang kompetitif kepada pemegang unit ASB, termasuk Bonus Tambahan pada tahun ini.

Baca Juga :  eGUMIS : ANM Semakan WTD Wang Tak Dituntut Online & Proses Bayaran

“Jumlah pengagihan sebanyak RM8.9 bilion akan memanfaatkan 10.6 juta pemegang unit yang memegang 186.4 bilion unit dalam ASB. Bonus Tambahan tersebut adalah untuk membantu pemegang unit kami berhadapan dengan tekanan kos sara hidup.” katanya.

Cara Membuat Pengeluaran ASB

Pada masa yang sama, pihak ASNB telah kini telah membenarkan para pemegang unit amanahnya secara atas talian (online) melalui portal myASNB dan aplikasi mudah alih mereka iaitu myASNB.

Tatacara pengeluaran adalah seperti berikut:

  1. Log masuk di Portal https://www.asnb.com.my/onlineredemption.php

  2. Klik portfolio dan kemudiannya klik pada Transaksi pada unit amanah yang dikehendaki serta pilih Jualan Balik;

  3. Pasti maklumat bank anda betul dan klik Seterusnya;

  4. Baca, tandakan kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya;

  5. Masukkan amaun, tandakan kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya;

  6. Semak semua butiran bank anda di notifikasi dan klik Seterusnya;

  7. Klik permintaan TAC, isikan dan klik Seterusnya;

  8. Transaksi berjaya.

Baca Juga :  (TERKINI) : Semakan Nombor KWSP Ahli Secara Online Guna Nombor IC ~ Semak Sini !!

Dimaklumkan bahawa had minimum jualan balik ialah 100 unit, manakala had maksimum jualan balik yang ditetapkan adalah 2,000 unit dalam setiap satu bulan kalendar bagi kesemua unit amanah ASNB.

Had maksimum jualan balik ditetapkan sebanyak 2,000 unit sebulan adalah kerana ia merupakan sebuah jumlah yang memadai sebagai sumber kewangan segera untuk pemegang unit pada waktu memerlukan.

Bagi yang ingin membuat jualan balik melebihi had yang ditetapkan, ia bolah dibuat melalui kaunter cawangan atau ejen ASNB.

Maklumat lebih teliti berkenaan perkara ini, ia boleh dilihat di Portal Rasmi ASNB – DI SINI.

Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Cara Buka Akaun ASNB Online & Cara Tambah Duit ASB online, Tak Perlu Ke Kaunter
2 CARA MUDAH TUKAR KAD MAYBANK SECARA ONLINE DAN DI KIOSK
Cara Daftar AKPK : Bantu Keluar Dari Kemelut Hutang & Pinjaman
eGumis ANM: Daftar Login Semakan Wang Tidak Dituntut Online
Duit Koyak? Rosak? Kat Mana Nak Tukar? Ini Cara Nak Tukar
Cara Terminate ASB Loan, Tempoh & Penalti ASBF (CIMB, RHB, Maybank)
Cara Kira DSR Untuk Ketahui Kelayakan Pinjaman Rumah
Pinjaman KWSP FSA2 : Semak Status Terkini / Duit Masuk
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Friday, 3 January 2025 - 11:47

Cara Buka Akaun ASNB Online & Cara Tambah Duit ASB online, Tak Perlu Ke Kaunter

Friday, 3 November 2023 - 07:15

2 CARA MUDAH TUKAR KAD MAYBANK SECARA ONLINE DAN DI KIOSK

Thursday, 2 November 2023 - 06:35

Cara Daftar AKPK : Bantu Keluar Dari Kemelut Hutang & Pinjaman

Wednesday, 1 November 2023 - 06:27

eGumis ANM: Daftar Login Semakan Wang Tidak Dituntut Online

Thursday, 10 August 2023 - 06:23

Duit Koyak? Rosak? Kat Mana Nak Tukar? Ini Cara Nak Tukar

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15