Hanya mampu hadiahkan durian untuk cikgu – Info Malaysia

- Penulis

Saturday, 20 May 2023 - 12:58

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



KHAIR Al Maysurah (kanan) menghadiahkan sebiji durian jenis kucing tidur buat guru tadikanya. FOTO Ihsan Nurul Maizatul Shafinaz.
Muar: Sepanjang enam tahun bertugas sebagai guru di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), tahun ini meninggalkan kenangan indah buat Nurul Maizatul Shafinaz Ahmad.
Ini kerana buat pertama kalinya Nurul Maizatul Shafinaz, 31, menerima hadiah istimewa sempena hari guru daripada anak muridnya iaitu durian jenis kucing tidur.
Nurul Maizatul Shafinaz menerima hadiah raja buah itu yang dimuatkan dalam beg plastik daripada Khair Al Maysurah Azman, 5, pada Khamis lalu.
Malah, pembantunya juga menerima sebiji durian jenis sama.
Guru Tabika Kemas di Parit Jamil itu mendapat perhatian selepas berkongsi video menerima hadiah berkenaan di TikTok, malah warganet turut memuji kanak-kanak perempuan itu yang menghargai gurunya.
Berkongsi kisah berkenaan, Nurul Maizatul Shafinaz berkata, dia sangat terharu dan menghargai hadiah pemberian muridnya itu biarpun terkejut kerana belum pernah menerima buah tangan seumpama itu.
Menurutnya, mereka tidak melakukan sambutan hari guru secara khusus pada 16 Mei setiap tahun tetapi anak muridnya tetap mengingatinya dengan ucapan dan hadiah seperti coklat dan bunga.
“Tetapi tahun ini hadiah yang diterima sangat unik dan terkejut juga. Tak sangka Khair Al Maysurah akan memberikan durian kepada saya tetapi saya sangat hargai usahanya dan keluarga, kebetulan saya juga suka durian.
“Saya juga membawa kanak-kanak itu ke Tabika dan turut menghantar pulang ke rumah selepas tamat kelas setiap hari sejak beberapa bulan lalu kerana rumahnya agak jauh dan kebetulan kereta bapanya rosak, (dan) belum dibaiki.
“Apabila ibu Khair Al Maysurah beritahu ada hadiah hari guru untuk saya dan cakap mereka hanya boleh beri itu (durian), sangat buat saya terharu. Mereka bukanlah orang berada dan mengambil upah menjaga kebun saudara saja,” katanya.
Menurutnya, sebolehnya dia tidak mahu anak murid terlalu berusaha memberikannya hadiah kerana dia mengajar di kampung dengan kebanyakan ibu bapa murid hanya bekerja kampung dan suri rumah.
“Saya tidak mahu mereka rasa terbeban membeli hadiah kerana keutamaan saya adalah mahu semua murid di sini mendapat pendidikan awal yang terbaik sebelum ke sekolah kebangsaan,” katanya.
Sumber : Harian Metro 
Baca Juga :  “Panjang ususnya cuma 14cm” - Ibu bayi kembar reda badan anak dipasang wayar, resah gaji suami tak cukup tanggung kos perubatan
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Berita ini 1 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15