DUNIA VIRAL
Budak 6 tahun terbabas pandu kereta, bawa adik pergi kedai nak beli mainan | Info Malaysia
Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun telah memandu kereta sejauh 2.5km bersama adiknya dengan alasan pergi ke kedai untuk membeli mainan.
Video berdurasi 1minit 53 saat itu memperlihatkan kereta terbabit dipandu dalam keadaan tidak stabil apabila memasuki lorong bertentangan sebelum terlibat dalam kemalangan.
Nak pergi kedai katanya
Menerusi video yang dikongsikan akaun TikTook @i_am_ain, mereka yang berada di loasi kejadian terkejut kerana pemandu kereta berkenaan merupakan kanak-kanak berusia enam tahun.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Langkawi dan tanpa pengetahuan ibu bapa kanak-kanak berkenaan.
Bukan satu Langkawi je kenal, satu dunia kenal
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet akui terkejut dengan apa yang telah berlaku dan tidak sangka kanak-kanak berkenaan sudah berani memandu sendiri tanpa pengawasan orang dewasa.
Mereka juga berharap ibu bapa kanak-kanak berkenaan sabar menghadapi anak yang sedang membesar dan berharap urusan mereka dipermudah.
Sumber : Oh My Media