Sampai 40 orang ‘disumbat’ dalam satu bilik asrama | Info Malaysia

- Penulis

Friday, 5 May 2023 - 05:34

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



KEADAAN penempatan yang dihuni 120 pekerja warga Bangladesh di Jalan Bandar Baru Nilai 1/6B, di sini, sejak empat bulan lalu. FOTO Azrul Edham
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Nilai: Bersesak seramai 40 orang dalam satu bilik asrama dan hanya berkongsi satu tandas tanpa pintu serta tiada kelengkapan asas.
Itu gambaran keadaan penempatan haram yang dihuni 120 pekerja warga Bangladesh di empat unit rumah kedai Jalan Bandar Baru Nilai 1/6B, di sini, sejak empat bulan lalu.
Lebih memilukan, pekerja ini mengadu tidak dibayar gaji sejak Januari menyebabkan mereka terpaksa memasak sendiri menggunakan dapur gas di lantai bilik yang dilihat memburukkan lagi keadaan asrama berkenaan.
Alamgir Abdulrauf, 23, berkata, Aidilfitri dan Ramadan kali ini paling teruk dalam hidupnya apabila terpaksa menyambutnya dalam keadaan serba daif.
“Saya tinggal di sini sejak empat bulan lalu dan hanya sempat bekerja selama dua bulan tanpa dibayar gaji. Saya terpaksa meminta keluarga di Bangladesh supaya menghantar duit kepada saya, ia sangat memalukan.
“Mungkin makanan kami di kampung tidak mewah, sekurang-kurangnya sambutan Aidilfitri sangat meriah dengan keluarga di sisi. Tapi kami di sini terpaksa berlapar dan tinggal di asrama yang panas ini,” katanya ketika ditemui, hari ini.
Alamgir antara pekerja warga asing yang bakal dipindahkan ke asrama yang lebih baik di kawasan berdekatan selepas Op Pindah 2 dijalankan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Sembilan, pagi tadi.
Ariful Islam Sujon, 23, berkata, dengan keadaan cuaca sekarang, bilik berkenaan agak panas kerana hanya dilengkapi tiga kipas industri menyebabkan rasa tidak selesa terutama waktu tidur.
“Di sini tiada almari, tiada kantin, tiada tempat basuh pakaian. Kami berkongsi bilik dengan 37 rakan lain dengan hanya satu bilik mandi dan satu tandas tanpa pintu.
“Saya harap majikan dapat berikan gaji dan tempat tinggal di yang lebih baik kerana saya masih mahu bekerja di negara ini untuk mencari rezeki kepada keluarga di kampung,” katanya.


SEBAHAGIAN warga asing yang berkeliaran di sekitar penempatan haram di Jalan Bandar Baru Nilai 1/6B, di sini, sejak empat bulan lalu. FOTO Azrul Edham

Sementara itu, Pengarah Tenaga Kerja Negeri Sembilan, Roslan Bahari berkata, majikan pekerja terbabit diambil tindakan mengikut Seksyen 24D Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).
“Mana-mana majikan atau penyelia penginapan berpusat (CLQ) yang ingin menempatkan pekerja di tempat kediaman, mereka perlu mendapatkan perakuan penginapan daripada JTK.
“Mana-mana majikan atau penyelia CLQ yang gagal mendapatkan perakuan penginapan, jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya,” katanya.
Dalam pada itu, Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Chew Seh Yong berkata, ini kejadian kedua dalam jangka masa sebulan di lokasi sama membabitkan situasi yang hampir serupa.
“Kami difahamkan, pekerja ini dibawa masuk secara beramai-ramai, namun tidak dapat ditempatkan. Sepatutnya majikan mendapatkan penempatan pekerjaan terlebih dulu sebelum membawa masuk pekerja,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Baca Juga :  Perarakan Bawa Senjata, Penganjur Kata Tiada Beza Dengan Pertandingan ‘Cosplay’
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Berita ini 3 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15