Home / Uncategorized

TERKINI | Pendaftaran Baharu, Kemas Kini Data Sumbangan Tunai Rahmah Mulai Hari Ini

- Penulis

Wednesday, 1 March 2023 - 06:48

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan


Pix credit: Jabatan Penerangan WPKL FB

PUTRAJAYA: Tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini data bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara dalam talian dibuka mulai hari ini sehingga 31 Mac depan, kata Kementerian Kewangan (MoF).

“Ini bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing selain membolehkan penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat untuk membuat pengemaskinian,“ menurut MoF.

Ketika pembentangan Belanjawan 2023 pada Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata STR 2023 akan membantu meringankan beban sara hidup hampir 9 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion.

Baca Juga :  Penerima Baharu & Rayuan STR Fasa 3 Terima Bayaran Mulai 18 September 2024

Pada 16 Jan lepas, Anwar mengumumkan pembayaran STR fasa satu kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima berdaftar secara berperingkat pada 17 Jan.

Pembayaran STR dibuat mengikut kategori penerima dengan empat juta isi rumah masing-masing menerima RM300 manakala 1.2 juta warga emas yang tiada pasangan dan 3.5 juta penerima bujang masing-masing menerima RM100.

Baca Juga :  Bantuan Tablet Percuma Untuk Golongan B40 | Semak Status Terkini | Lulus Atau Tidak | Tahun 2022

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.



MOF berkata data penerima STR fasa satu akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data kerajaan bagi mengurangkan golongan yang tercicir atau exclusion error, selain data daripada beberapa agensi kerajaan akan disemak silang kelayakan STR mengikut syarat yang ditetapkan.

“Kementerian Kewangan juga akan memperhebatkan program turun padang bersama pemimpin komuniti dan pelusuk desa bagi memastikan STR dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia,” katanya. -Bernama

Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15