Home / Uncategorized

Pengeluaran KWSP: ‘Wajar pertimbangkan kerana itu duit mereka’

- Penulis

Monday, 27 February 2023 - 03:40

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Dr Dzulkefly Ahmad meminta kerajaan agar mempertimbangkan permohonan pencarum yang terpaksa membuat pengeluaran KWSP. – NSTP/Aswadi Alias

KUALA SELANGOR: Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, meminta kerajaan agar mempertimbangkan permohonan pencarum yang terpaksa membuat pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ahli Parlimen Kuala Selangor daripada Pakatan Harapan (PH) itu berpandangan, langkah itu wajar bagi isi rumah yang benar-benar memerlukan serta berdepan krisis kewangan, meskipun golongan M40.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, ia harus dilaksanakan secara bersasar dengan syarat amat ketat.

“Kalau ketua isi rumah benar-benar memerlukan dan mempunyai simpanan dalam KWSP, ia adalah wajar kerana duit itu adalah wang mereka.

“Pada saat mereka memerlukan, kita (perlu) izinkan tetapi harus bersasar dengan syarat sangat ketat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Hijau Lestari sempena penanaman 25,223 pokok siantan di Forest Park, Bandar Hillpark, Puncak Alam, di sini, hari ini.

Baca Juga :  TERKINI | Pencarum Ada Baki Mencukupi Untuk Pengeluaran KWSP Bersasar! | 2023

Yang turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Rahilah Rahmat.

Namun, Dr Dzulkefly berkata, cara itu masih tidak akan menyelesaikan isu berkenaan secara menyeluruh, sebaliknya kerajaan perlu mengambil langkah lebih mampan dan ke hadapan dalam menanganinya.

“Saya rasa ada ihsan serta belasnya rahmah Kerajaan Madani untuk mengizinkan ini, dan ia tidak boleh dijadikan suatu yang bersifat ‘across the board’.

“Saya tidak menyokong apapun langkah mengorbankan simpanan usia tua.

“Kalau itu menyelamatkan atau lebih daripada itu, adalah penting untuk mereka mengatasi masalah krisis kewangan semasa,” katanya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa dividen bagi pencarum daripada golongan miskin dan menengah, akan berkurangan jika kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP untuk mereka yang kaya serta berkemampuan.

Baca Juga :  Paras air Sungai Klang, Sungai Langat melepasi paras bahaya

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan perlu membuat pilihan antara membenarkan pengeluaran khas KWSP kali kelima, atau membantu pencarum yang hampir bersara tetapi mempunyai simpanan kurang RM10,000.

Beliau menegaskan, jika kerajaan bersetuju dengan langkah populis membenarkan pengeluaran KWSP, golongan miskin dan menengah yang akhirnya akan menanggung kerugian.

Perdana Menteri sekali gus mengumumkan kerajaan bersetuju menambah caruman sebanyak RM500 ke dalam simpanan Akaun 1 KWSP bagi pencarum berusia 40 hingga 54 tahun yang memiliki baki simpanan kurang RM10,000 dalam akaun berkenaan.

Bagi tujuan itu, Anwar berkata, kerajaan memperuntukkan hampir RM1 bilion bagi meningkatkan simpanan persaraan hampir dua juta pencarum KWSP yang menghampiri usia persaraan.

Sumber : Berita Harian Online

Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Berita ini 3 kali dibaca
Tag :

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15