Pengeluaran KWSP Akaun 2 Untuk Bayaran Bulanan Rumah

- Penulis

Monday, 19 December 2022 - 07:10

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Pengeluaran KWSP akaun 2 untuk bayaran bulanan rumah yang boleh dikeluarkan oleh pencarum dan bagaimana caranya.

Jika anda seorang ahli kwsp anda sebenarnya dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan duit kwsp untuk membayar bulanan pinjaman perumahan anda.

Tujuan kebenaran pengeluaran ini adalah untuk membantu meringankan beban anda untuk membayar bulanan loan rumah anda.

Kadang kadang ada yang terpaksa tidak bayar loan perumahan bulanan sebab duit nak guna pada tempat lain terutama sekali jika ada hal hal kecemasan yang berlaku secara tiba tiba.

Jadi dengan adanya kemudahan pengeluaran oleh kwsp ini maka sedikit sebanyak akan membantu keadaan peminjam untu keluar daripada masalah yang berlaku.

Pengeluaran ini adalah dengan menggunakan duit simpanan daripada akaun ke 2 kwsp.

Ia adalah berbeza dengan pengeluaran untuk beli rumah.

Cara Keluarkan Duit KWSP Untuk Bayar Bulanan Rumah

Siapakah yang layak?

1.Warganegara dan juga bukan warganegara

2.Umur adalah bawah 55 tahun

3.Minimum sekurang kurangnya akaun masih ada baki di dalam KWSP berjumlah sebanyak RM 600

4.Sama ada membeli atau membina rumah kediaman.

  • Rumah kediaman adalah terdiri daripada:
  • Jenis banglow
  • Rumah Teres
  • Rumah berkembar
  • Apartmen
  • Kondominium
  • Apartmen studio
  • Apartmen servis
  • Townhouse
  • SOHO
  • Rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

5.Masih ada mempunyai tunggakan pinjaman semasa perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh pihak KWSP seperti di bawah:

Pihak Institusi kewangan adalah yang dilesenkan dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Kewangan Islam tahun 2013.

  1. Kerajaan Pusat atau Negeri atau mana-mana agensi kewangan kerajaan.
  2. Majikan, Ahli Koperasi, Syarikat Kerjasama yang berlesen yang diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
  3. Syarikat Insurans berlesen yang telah diluluskan oleh Bank Negara.
  4. Pemberi Pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP.

6. Telah mula membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan yang dibuat.

Apakah dokumen yang diperlukan?

Dokumen yang diperlukan adalah:

  • 1 Borang asli KWSP 9P (AHL) beserta Senarai Semak Dokumen
  • Satu salinan Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format KWSP ATAU Penyata baki pinjaman perumahan dari LPPSA (Tarikh Penyata Baki tidak melebihi 1 bulan/3 bulan(LPPSA) dari tarikh permohonan diterima).
  • 1 salinan dokumen kad pengenalan diri yang asal untuk pengesahan (Bukan Pemegang MyKad sahaja)
  • Sesalinan Dokumen Perjanjian Jual Beli SNP (Sale and Purchase Agreement/Bukti Gadai/Penyerahan Pemilikan (Borang Gadai & Surat Hakmilik) – jika maklumat di dalam Penyata Baki Pinjaman Perumahan tidak lengkap dan mencukupi.
  • Buku bank atau salinan statement/penyata akaun bank terkini.
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) untuk penghantaran melalui pos.
Baca Juga :  Cara Daftar AKPK | Kerajaan Bantu Keluar Dari Kemelut Hutang Atau Pinjaman

Apa Maklumat Lagi Yang Perlu Tahu?

Pengeluaran adalah terhad kepada satu rumah setiap ahli sahaja. Pengeluaran duit seterusnya hanya untuk rumah yang sama sahaja.

Jika rumah dibiayai pinjaman semula, baki pinjaman yang telah dikira berdasarkan bayaran pinjaman yang asal dari pemberi pinjaman pertama ATAU baki pinjaman terkini, yang mana lebih rendah.

Jika terdapat lebih daripada 1 pemberi pinjaman yang terlibat, maka surat tebus hutang akan di bandingkan dengan baki terkini untuk menentukan jumlah amaun yang boleh dikeluarkan. Pemohon tidak layak memohon jika pinjaman asal anda telah selesai.

Anda dibolehkan membuat pengeluaran bagi mengurangkan bayaran ansuran bulanan dan pengeluaran menyelesaikan baki pinjaman diadakan secara serentak.

Pihak KWSP boleh untuk membatalkan pengeluaran bayaran bulanan jika berlaku perkara berikut:

  • Pinjaman telah diselesaikan
  • Rumah telah dijual, lelong, hakmilik dipindah
  • atau pemohon boleh disabit bersalah jika cuba menipu dengan menghantar maklumat dan dokumen yang palsu.

Bagi pemohon yang ada pinjaman perumahan tertunggak yang berstatus NPL adalah dibenarkan untuk membuat pengeluaran dengan satu syarat iaitu bayaran bulanan akan di bayar direct terus ke akaun pihak pinjaman perumahan.

Manakala tempoh bayaran ansuran bulanan pula adalah tidak boleh melebihi umur 55 tahun.

Pemohon boleh memohon pengeluaran dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh ansuran bermula.

Baca Juga :  Cara Buat Pengeluaran Simpanan ASB Secara Online myASNB

Tetapi bayaran pengeluaran hanya akan dimulakan selepas tarikh ansuran sebenar berkuatkuasa.

Pengeluaran Seterusnya

Bagi pengeluaran seterusnya, pemohon boleh memohon seawal 30 hari sebelum tarikh pembayaran ansuran bulanan yang terdahulu selesai.

Jumlah amaun keluaran daripada Akaun 2 KWSP akan diasingkan ke satu akaun khas untuk bayaran ansuran bulanan dan akan dibayar dividen yang akan dikreditkan ke Akaun 2 sebaik sahaja dividen diisytiharkan pada tahun berikutnya.

Manakala tempoh bayaran paling maksimum bulanan adalah tidak melebihi baki tempoh pinjaman perumahan

Sekiranya semasa pemohon membuat permohonan tetapi masih terdapat bayaran pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan peminjam yang lain yang masih berkuatkuasa, pemohon layak mengeluarkan amaun perbezaan(selisih) di antara jumlah pengeluaran peminjam lain.

Pembatalan pengeluaran

Anda boleh membuat pembatalan pembayaran bulanan selepas satu (1) tahun dari tarikh pengeluaran di buat.

Pemohon boleh mengisi borang Permohonan Pembatalan Pengeluaran WDW004.

Jika selepas pembatalan dilakukan, pemohon boleh kemukakan permohonan baru untuk susun semula jumlah atau tempoh bayaran bulanan mengikut baki yang ada di dalam Akaun 2 KWSP yang tidak melebihi baki pinjaman sedia ada.

Cara bayaran di buat

Kredit Terus Ke Akaun

Bayaran bulanan akan dikreditkan terus ke dalam akaun simpanan/semasa ahli.

Jika anda mempunyai akaun bank simpanan yang aktif dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank

Anda akan diberi melalui cek, jikalau bayaran ke akaun pemohon gagal dilakukan.

Bayaran bulanan akan di buat melalui cek jurubank kepada alamat pemberi pinjaman seperti yang tertera di dalam Penyata Baki Pinjaman Perumahan, jika pinjaman anda berstatus pinjaman tidak berbayar (NPL).

Begitulah bagaimana cara keluar duit kwsp untuk bayar ansuran rumah yang anda boleh lakukan. Sila hubungi pejabat KWSP berdekatan anda untuk maklumat lanjut.

Baca lagi tentang Cara Semak Kwsp

Bolehkah pengeluaran dilakukan untuk lebih daripada sebiji rumah.

Pengeluaran untuk tujuan ini hanya dihadkan untuk satu rumah sahaja.

Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Cara Buka Akaun ASNB Online & Cara Tambah Duit ASB online, Tak Perlu Ke Kaunter
2 CARA MUDAH TUKAR KAD MAYBANK SECARA ONLINE DAN DI KIOSK
Cara Daftar AKPK : Bantu Keluar Dari Kemelut Hutang & Pinjaman
eGumis ANM: Daftar Login Semakan Wang Tidak Dituntut Online
Duit Koyak? Rosak? Kat Mana Nak Tukar? Ini Cara Nak Tukar
Cara Terminate ASB Loan, Tempoh & Penalti ASBF (CIMB, RHB, Maybank)
Cara Kira DSR Untuk Ketahui Kelayakan Pinjaman Rumah
Pinjaman KWSP FSA2 : Semak Status Terkini / Duit Masuk
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Friday, 3 January 2025 - 11:47

Cara Buka Akaun ASNB Online & Cara Tambah Duit ASB online, Tak Perlu Ke Kaunter

Friday, 3 November 2023 - 07:15

2 CARA MUDAH TUKAR KAD MAYBANK SECARA ONLINE DAN DI KIOSK

Thursday, 2 November 2023 - 06:35

Cara Daftar AKPK : Bantu Keluar Dari Kemelut Hutang & Pinjaman

Wednesday, 1 November 2023 - 06:27

eGumis ANM: Daftar Login Semakan Wang Tidak Dituntut Online

Thursday, 10 August 2023 - 06:23

Duit Koyak? Rosak? Kat Mana Nak Tukar? Ini Cara Nak Tukar

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15