DUNIA VIRAL
Abang kanak2 terhempas dari ‘sotong ride’ kongsi keadaan adik -“Adik saya fighter”
Berita tentang kemalangan melibatkan dua orang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak yang dipercayai tercampak ketika menaiki permainan ‘sotong ride’ di Fun Fair Puncak Alam malam tadi sememangnya mengejutkan ramai.
Tiga individu cedera
Menerusi laporan dari Kosmo! Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa memaklumkan yang pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai insiden itu kira-kira pukul 8.50 malam.
“Berdasarkan maklumat awal, kesemua mangsa berada di atas permainan ‘sotong ride’ yang sedang bergerak sebelum terjatuh.
“Siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu bagaimanapun masih dijalankan termasuk mengenal pasti identiti mangsa terlibat,” katanya.
Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan lanjut.
Telah diarahkan tutup serta merta
Difahamkan, fun fair tersebut telah diarahkan tutup secara serta merta bagi siasatan lanjut. Ada juga kenyataan memaklumkan bahawa fun fair berkenaan beroperasi tanpa lesen.
“Arahan itu dikeluarkan selepas polis turut berbincang dengan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).
“Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 6 Enekmen Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 kerana beroperasi tanpa lesen,” katanya.
Abang kepada mangsa kongsi keadaan adik
Dalam pada itu, seorang individu telah berkongsi keadaan seorang kanak-kanak di dalam ambulans dengan meninggalkan kapsyen “adik saya fighter guys“.
Pengguna TikTok dikenali sebagai Saiful Azif itu memuat naik video kanak-kanak yang cedera dipercaya salah seorang mangsa kejadian ‘sotong ride’ tersebut.
@saifulazif adik saya fighter guys 💪 #funfairpuncakalam ♬ original sound – Soran