“Auni sayang..”- Kanak2 perempuan tak malu, bangga pakai baju kerja bapa

- Penulis

Tuesday, 6 December 2022 - 03:55

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun dikenali Auni meluahkan rasa bangga dengan pekerjaan bapanya sebagai pekerja pembersihan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI).
Menerusi video dikongsikan oleh bapanya, Mohd Anuar, dilihat Auni memakai baju kerja bapa pada pertandingan pakaian beragam bertemakan kerjaya bersempena Hari Kanak-Kanak di sekolahnya.
“Hari kanak-kanak sedunia, tema kerjaya. Aku suruh dia cari baju lain, dia pilih baju kerjaya ayah juga,”tulis Anuar dalam hantaran di laman TikTok.
@md_anuar Hari kanak2 sedunia.tema Kerjaya.aku suruh dia cari baju lain dia pilih baju kerjaya ayah jugak .alahai anak…dia kata ayah kerja ni pun bagi kami makan tempat tinggal….#anaksekolah #kerjaya #harikanakkanaksedunia #fyp ♬ suara asli – Langit Musik Indonesia
Dalam pada itu, lelaki berusia 41 tahun itu memberitahu anaknya yang kini berusia 8 tahun tidak kisah memakai baju kerjanya.
“Kami tanya juga tidak kisah ke pakai baju kerja ayah dan tak sangka Auni cakap ‘ tak apa, mak dan ayah yang bagi Auni makan, sediakan tempat tinggal dan bangga dengan ayah,”ujar Anuar.


Memetik laporan Harian Metro, kanak-kanak berkenaan memilih baju berkenaan kerana bangga dengan ayahnya yang menjaga kebersihan kawasan selain mahu menjadi alam sekitar.
“Auni pilih pakai baju kerja ayah sebab mahu menjaga alam sekitar, sayang dan bangga dengan ayah yang menjaga kebersihan kawasan,”katanya.
Ibunya pula, Nor Fadilah Jaafar berkata, anaknya memilih pakaian itu kerana menghargai pekerjaan suaminya walaupun cita-cita si kecil itu mahu menjadi seorang chef.
“Nur Auni Awatif suka makan dan mahu menjadi chef tetapi dia tidak mahu memakai pakaian itu kerana mahukan kelainan selain sebagai tanda sayangnya pada ayahnya,”ceritanya.


Nor Fadilah mendedahkan, pada mulanya dia suruh anak bongsunya itu bergaya seperti ustazah tetapi tidak mahu. Seterusnya meminta Auni mencuba seragam anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) yang dipinjam suami dari rakannya tetapi dia tidak muat serta tidak selesa memakainya.
“Kemudian, dia terus mencuba t-shirt suami yang dicari sendiri di almari. Walaupun sedikit besar, dia cakap selesa memakainya, malah terus meminta pengepit dan plastik sampah untuk digayakan di atas pentas,”ujar Nor Fadilah.


Jelas Nor Fadilah yang juga guru kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), anak bongsu dari tiga beradik itu sangat rapat dengan bapanya dan sebelum ini pernah mengikut Mohd Anuar membersihkan tapak pasar malam.
Dalam pada itu, wanita berusia 39 tahun mengatakan anaknya sangat teruja untuk bersiap ke sekolah dan gembira walaupun cuma mendapat hadiah saguhati dalam pertandingan berkenaan.
Sementara itu, Anuar meluahkan rasa terharu dengan reaksi anaknya meskipun dia masih kecil.
“Saya rasa seperti mahu menangis apabila mendengar apa yang Auni cakap itu sebab tidak malu, malah bangga dengan kerja saya,”luahnya.


Lantaran itu, dia sangat bersyukur apabila Auni dan dua lagi anaknya memahami kehidupan sederhana mereka.
Sumber: TikTok @md_anuar, Harian Metro (Noor Hidayah Tanzizi), OhMyMedia
Baca Juga :  Ular sawa 10kg dalam mangkuk tandas | Info Malaysia
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15