Home / Uncategorized

Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) 2022 | Semak Syarat Kelayakan

- Penulis

Wednesday, 23 November 2022 - 02:36

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
PROGRAM BANTUAN LESEN KELUARGA MALAYSIA (BLKM)
Majlis Perasmian Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) bagi masyarakat Orang Asli Daerah Bera telah diadakan pada 03 Mac 2022 jam 10.30 pagi bertempat di Kompleks Rakan Muda, Daerah Bera.
Ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia diiringi oleh YB Dato’ Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan & Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Guai, YH Dato’ Zaman Azam bin Mohamat Sarif @ Ahmat, Pegawai Daerah Bera.
Turut hadir bagi majlis perasmian ini adalah Yang Berbahagia Dato’ Zailani bin Haji Hashim, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, YH Dato’ Razihan bin Adzharuddin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pembangunan).
Melalui inisiatif BLKM ini, belia diberi latihan serta kesedaran disiplin dalam mematuhi undang-undang di jalan raya.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.
Apakah Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM)?
Program BLKM amat signifikan dalam membantu dan memudahkan golongan sasar termasuklah masyarakat Orang Asli mendapatkan lesen memandu yang sah.
Program itu mensasarkan golongan B40 mendapatkan Lesen Memandu Motorsikal (Kelas B2) yang tidak mempunyai kemampuan ekonomi atau kesulitan untuk akses kepada kemudahan latihan memandu.


Syarat Kelayakan
Calon yang terpilih diberikan Lesen Motosikal B2 melalui tapisan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu :
– warganegara Malaysia
– tidak pernah memiliki sebarang lesen memandu
– sihat tubuh badan dan mental
– tiada kecacatan fizikal
– tidak disenarai hitam oleh JPJ dan Polis Diraja Malaysia.
Kadar Bayaran
Melalui program ini, calon terlibat hanya perlu membayar caj separuh harga dari harga asal untuk mengambil lesen memandu.
Pemohon yang layak bakal diberi latihan dan ujian bagi mendapatkan lesen memandu serta mereka diberi pendedahan mengenai undang-undang jalan raya.
Cara Permohonan
Setakat ini, pemilihan calon untuk menyertai program bantuan ini adalah terdiri daripada mereka yang tersenarai dalam e-Kasih.


Baca Juga :  Permohonan Bantuan Am Persekutuan JKM Sehingga RM350
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15