Cikgu panggil pergi sekolah, ibu terkedu tengok tangan anak bengkok! Ingatkan terjatuh, rupanya kawan tolak

- Penulis

Tuesday, 22 November 2022 - 03:37

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



ALANGKAH luluh hati seorang ibu apabila mendapat perkhabaran mengenai kemalangan menimpa anaknya di sekolah.
Berita buruk anaknya mengalami kecederaan yang serius ini dimaklumkan oleh seorang guru melalui panggilan telefon.
Menurut ibu kepada mangsa, Nirwana, dia bergegas ke sekolah sebaik sahaja mengetahui tentang kemalangan yang menimpa anak lelakinya yang dikatakan terjatuh.

Lihat siaran ini di Instagram

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

Apabila tiba di sekolah, Nirwana mendapati tangan kiri anaknya bengkok dan nampak seperti sudah patah.

“Sakit yang tiada tandingan apabila dapat tahu anak saya patah tangan dekat sekolah.

“Tiba-tiba cikgu dia call. Anak saya jatuh. Allahu,” tulisnya pada video tersebut.

Video tersebut meraih perhatian warga maya yang rata-ratanya bimbang melihat keadaan mengerikan tangan kanak-kanak itu yang terkulai.

Bercerita lanjut mengenai detik kejadian, Nirwana berkata anaknya sedang menunggu suaminya untuk dijemput pulang dari sekolah. 

Bagaimanapun, terdapat seorang budak menolak anaknya dari arah belakang sehingga mengakibatkan kecederaan tersebut terjadi.

Pihak sekolah menghubungi ambulans bagi mendapatkan rawatan segera setelah berlakunya kemalangan itu. 



Dalam video kedua yang dimuatnaik, kelihatan seorang pegawai perubatan membawa kit pertolongan cemas bagi memberikan rawatan awal kepada kanak-kanak itu yang sedang menangis di sisi bapanya.

“Masa balik sekolah kawan dia tolak dari belakang 
“Pihak sekolah langsung call ambulans untuk segera datang.
“Masa tu ayah dia pun dalam perjalanan nak jemput anak balik sekolah”, jelasnya dalam video dimuat naik.
Sebaik sahaja video itu menjadi tular sehingga ditonton lebih 660,000 setelah disiarkan, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib kanak-kanak tersebut.


Keadaan terakhir dikongsikan oleh si ibu di Tik Tok

Dalam pada itu, netizen juga berharap ibu bapa di luar sana agar menasihati anak masing-masing supaya menjaga tingkah laku di sekolah atau di mana sahaja mereka berada.

Semakan mStar di ruangan komen mendapati ramai ibu bapa yang turut berkongsi mengenai pengalaman hampir sama terjadi kepada anak mereka ketika di sekolah.
“Gurau pelik-pelik budak sekolah ini. Semoga cepat sembuh.
“Adui sakitnya! Sebagai seorang ibu, air mata mengalir (mengenangkan) betapa sakitnya adik. Ini yang ditakutkan apabila hantar anak pergi sekolah.
“Melawak kasar tu. Allahuakabar tengok pun dah seriau. Semoga cepat sembuh.


Komen netizen di TikTok

Tiada sebarang maklumat lanjut dikongsikan oleh ibunya berhubung lokasi mahupun masa kejadian.
Hantaran terakhir wanita ini di TikTok menunjukkan anaknya menangis teresak-esak setelah tangannya dibalut kain anduh di sebuah hospital.
Sumber: mStar
Baca Juga :  Mayat anak saudara dalam mesin basuh - Info
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15