Cara Nak ‘Claim’ Wang Tak Dituntut, Rupanya Dalam IC Pun Ada Duit!

- Penulis

Sunday, 13 November 2022 - 07:02

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Wang yang tidak dituntut selalunya berlaku jika ada dalam kalangan ahli keluarga yang sudah meninggal dunia dan masih mempunyai baki wang di beberapa akaun lain. Mungkin ada dan mungkin tiada dalam kalangan ahli keluarga yang tahu, rupa-rupanya masih ada wang yang boleh dituntut dalam jumlah yang banyak.
Rupa-rupanya ada juga dalam kalangan kita yang mempunyai wang tidak dituntuk dalam kad pengenalan diri juga. Berikut merupakan cara untuk anda ‘claim’ wang tak dituntut ini supaya boleh digunakan.
CARA NAK CLAIM WANG YANG TAK DITUNTUT
1.Pergi ke laman sesawang https://egumis.anm.gov.my


2.Klik di bahagian atas sebelah kanan -PENDAFTARAN-



3.Lengkapkan maklumat diri yang diminta. (Nama penuh dan nombor kad pengenalan sila ikut dokumen pengenalan diri)



4.Isi maklumat dan tandakan ruangan yang perlu ditanda dan klik ‘DAFTAR’. Pendaftaran selesan dan klik LOG MASUK.



5.Pergi ke laman sesawang eGUMS di https://egumis.anm.gov.my dan klik LOG MASUK.



6.Masukkan ID pengguna dan kata laluan yang dicipta semasa pendaftaran.



7.Kemaskini maklumat pengguna (pengguna diminta untuk melengkapkan semua butiran yang bertanda *)



8.Setelah selesai disimpan, papara portal e-GUMIS akan seperti ini dan boleh klik ‘KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT’



Make sure yang korang nak tuntut NAMA EMPUNYA dalam rekod WTD adalah nama korang yang sama dalam IC korang sekali bin/binti yer. kalau tak cukup atau beza korang kena rujuk JANM yang terdekat.
9.Masukkan no. kad pengenalan yang diberikan. Had maksimum carian adalah sebanyak 2 kali sahaja.

10.Jika mempunyai rekod carian, paparan rekod akan ditunjukkan seperti di dalam gambar rajah.



11.Borang permohonan akan dijana secara automatik dan pengguna perlu melengkapkan butiran penerima bayaran.



12.Tandakan di dalam kotak merah dan lengkapkan maklumat akaun bank.



13. Semak ruangan mandatori dokumen apa yang diperlukan lagi untuk dimuat naik selain dokumen asas korang yer.



14.Pemohon akan diminta untuk memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan.



15.Klik butang muat naik untuk masukkan dokumen sokongan.





16. IC kalau nak palangkan make sure tak kena pada nombor dalam ic tu ye.



17.Sebelum klik butang HANTAR, pemohon perlu klik butang SETUJU.



Selamat mencuba!
Sumber: Twitter @encikpeqar
Baca Juga :  Ini Cara Daftar Penamaan Waris Simpanan Tabung Haji (TH)
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Cara Buka Akaun ASNB Online & Cara Tambah Duit ASB online, Tak Perlu Ke Kaunter
2 CARA MUDAH TUKAR KAD MAYBANK SECARA ONLINE DAN DI KIOSK
Cara Daftar AKPK : Bantu Keluar Dari Kemelut Hutang & Pinjaman
eGumis ANM: Daftar Login Semakan Wang Tidak Dituntut Online
Duit Koyak? Rosak? Kat Mana Nak Tukar? Ini Cara Nak Tukar
Cara Terminate ASB Loan, Tempoh & Penalti ASBF (CIMB, RHB, Maybank)
Cara Kira DSR Untuk Ketahui Kelayakan Pinjaman Rumah
Pinjaman KWSP FSA2 : Semak Status Terkini / Duit Masuk
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Friday, 3 January 2025 - 11:47

Cara Buka Akaun ASNB Online & Cara Tambah Duit ASB online, Tak Perlu Ke Kaunter

Friday, 3 November 2023 - 07:15

2 CARA MUDAH TUKAR KAD MAYBANK SECARA ONLINE DAN DI KIOSK

Thursday, 2 November 2023 - 06:35

Cara Daftar AKPK : Bantu Keluar Dari Kemelut Hutang & Pinjaman

Wednesday, 1 November 2023 - 06:27

eGumis ANM: Daftar Login Semakan Wang Tidak Dituntut Online

Thursday, 10 August 2023 - 06:23

Duit Koyak? Rosak? Kat Mana Nak Tukar? Ini Cara Nak Tukar

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15