Jenazah Syazlin Zainal selamat dikebumikan, keluarga tak tahu punca sebenar

- Penulis

Saturday, 12 November 2022 - 06:19

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Jenazah pelakon sambilan, Syazlin Zainal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2 di Ampang, kira-kira jam 10 malam tadi.
Menurut laporan mStar Online, sepupu arwah, Nor Shida Mohd Jawal berkata, semua ahli keluarga masih terkejut dengan pemergian Allahyarham selain tertanya-tanya punca sebenar kematian tersebut.


“Apabila mendapat tahu pemergiannya, saya dan keluarga terperanjat malah sampai sekarang dalam keadaan tidak percaya. Kami juga tiada jawapan mengapa ia boleh berlaku.

“Macam mana benda itu terjadi… persoalan itu menjadi tanda tanya seluruh keluarga sebab kami tidak tahu punca sebenar dan menanti siasatan pihak berkuasa,” katanya.
Bagaimanapun, Nor Shida berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tidak benar berhubung pemergian Allahyarham sekali gus bagi menghormati perasaan keluarga Syazlin.
Sementara itu, dia turut berkongsi mengenai personaliti arwah yang memiliki sikap ceria dan disenangi orang ramai.


“Arwah seorang yang tidak banyak cakap tetapi dia sentiasa ceria. Memang tak nampak macam dia ada masalah sebab dia selalu nampak gembira.

“Bila berkumpul memang seronok dan kali terakhir bertemu dengannya ketika sambutan hari raya yang lalu,” kongsinya.
Semalam, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan pelakon berusia 26 tahun itu terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di Taman Iskandar pada tengah hari Khamis.


Raub berkata, siasatan awal polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Baca Juga :  Rita Rudaini Sebak Tengok Anak Hafaz Al-Quran; “Walau Kami Tak Perfect Macam Orang Lain Tapi…”
Terdahulu, pemergian anak bongsu daripada lima beradik itu dimaklumkan oleh rakannya iaitu Zeatyalia menerusi beberapa hantaran di InstaStory pada malam Khamis. 


Untuk rekod, Syazlin yang juga anak perempuan tunggal dalam keluarga pernah membintangi beberapa drama antaranya Sitik Tok, Oh My Hantaran, Takdir Yang Tertunda dan Ada Yang Ngikut.

Baca Juga :  Anak ‘pergi’ akibat kanser darah, ibu sebak netizen tunai permintaan ‘edit’ gambar
Sumber: OhMyMedia 
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15

RESEPI BARU

Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom

Tuesday, 4 Feb 2025 - 09:00