Cari Ketam Tapi Jumpa mayat

- Penulis

Tuesday, 25 October 2022 - 02:18

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Mayat lelaki yang ditemui terdampar di tepi pantai Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, malam tadi.
KOTA KINABALU: Seorang pencari ketam terkejut selepas menemui mayat terdampar di tepi laut Teluk Sepanggar, di sini, malam tadi.
Mayat lelaki yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui kira-kira jam 8 malam sebelum menghubungi polis untuk memaklumkan penemuan berkenaan.
Difahamkan, mayat yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30 hingga 40-an itu ditemui dalam keadaan tidak berbaju dan memakai ‘goggles’ renang serta berseluar pendek dan bersarung tangan.
Turut ditemui di tempat kejadian, sehelai baju yang diletakkan di atas batu di tepi pantai dipercayai milik mangsa.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat berkenaan.
Katanya, setakat ini siasatan awal mendapati tiada sebarang kecederaan atau unsur jenayah pada mayat mangsa.
“Mangsa dipercayai lemas ketika mencari ketam di lokasi kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk bedah siasat.
“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung mangsa boleh menghubungi pegawai penyiasat, Ketua Polis Balai Manggatal, Sub-Inspektor Badrizaman Abdol Rahman,” katanya.
Sumber – BH Online
Baca Juga :  19 PATI Ditahan , 31 Saman Dikeluarkan Dalam Operasi Bersepadu
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan RM300 Sebulan: Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
Lelaki Warga Asing Rempuh SJR Ditahan
Kem Tentera Darat Akan Dibina Di Felda Sahabat, Lahad Datu
Air Pasang Besar : Enam Beranak Bermalam Dalam Kereta
Remaja Lemas, Dua Rakan Terselamat Ketika Mandi Di Pantai Tempurung
Pemandu Rentung Selepas Nahas Di Tuaran
Jangan Bunuh Buaya Pantai Tanjung Lipat, Jabatan Hidupan Liar Diberitahu
Budak Lelaki 7 Tahun Cedera Diserang Buaya Di Lahad Datu
Berita ini 1 kali dibaca

Berita Terkait

Saturday, 25 January 2025 - 09:29

Bantuan RM300 Sebulan: Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah

Monday, 20 February 2023 - 04:53

Lelaki Warga Asing Rempuh SJR Ditahan

Sunday, 12 February 2023 - 03:15

Kem Tentera Darat Akan Dibina Di Felda Sahabat, Lahad Datu

Tuesday, 27 December 2022 - 02:19

Air Pasang Besar : Enam Beranak Bermalam Dalam Kereta

Sunday, 18 December 2022 - 03:44

Remaja Lemas, Dua Rakan Terselamat Ketika Mandi Di Pantai Tempurung

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15