Polis Tahan Lelaki Bersama 2kg Syabu Di Tawau

- Penulis

Friday, 7 October 2022 - 01:18

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin (tengah) menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Tiku pada 3 Okt lepas, dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau pada 6 Okt.
TAWAU, 6 Okt : Seorang penganggur ditahan bersama 2.01 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM120,000 di simpang Taman Megah Jaya 10 di sini, pada Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan ketika sedang memandu kereta dan pemeriksaan yang dijalankan menemukan dua bungkus plastik berisi serbuk disyaki dadah yang disembunyikan di bawah tempat duduknya.
“Ketika kejadian kereta suspek cuba ditahan untuk pemeriksaan dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Tiku di sini pada 7.30 malam, namun dia memecut keretanya sebelum polis bertindak mengejar kereta tersebut dan berjaya ditahan kira-kira lima minit kemudian,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.
Katanya lelaki tersebut yang tidak memiliki rekod jenayah serta negatif ujian air kencing, direman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
 “Dadah tersebut dipercayai untuk pasaran tempatan dan polis masih mengenal pasti sumbernya,” katanya. 
Sumber – BERNAMA
Baca Juga :  Suami Isteri Buat ‘Prank’ Pembuli Jalanan Di Media Sosial, Hanya Untuk Raih ‘Viewer’ Tinggi
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan RM300 Sebulan: Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
Lelaki Warga Asing Rempuh SJR Ditahan
Kem Tentera Darat Akan Dibina Di Felda Sahabat, Lahad Datu
Air Pasang Besar : Enam Beranak Bermalam Dalam Kereta
Remaja Lemas, Dua Rakan Terselamat Ketika Mandi Di Pantai Tempurung
Pemandu Rentung Selepas Nahas Di Tuaran
Jangan Bunuh Buaya Pantai Tanjung Lipat, Jabatan Hidupan Liar Diberitahu
Budak Lelaki 7 Tahun Cedera Diserang Buaya Di Lahad Datu
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Saturday, 25 January 2025 - 09:29

Bantuan RM300 Sebulan: Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah

Monday, 20 February 2023 - 04:53

Lelaki Warga Asing Rempuh SJR Ditahan

Sunday, 12 February 2023 - 03:15

Kem Tentera Darat Akan Dibina Di Felda Sahabat, Lahad Datu

Tuesday, 27 December 2022 - 02:19

Air Pasang Besar : Enam Beranak Bermalam Dalam Kereta

Sunday, 18 December 2022 - 03:44

Remaja Lemas, Dua Rakan Terselamat Ketika Mandi Di Pantai Tempurung

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15