1,331 Diperiksa Dalam Operasi Bersepadu Di Lahad Datu

- Penulis

Thursday, 8 December 2022 - 04:22

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Orang Sabah : 

Pasukan keselamatan memeriksa premis dan rumah dalam Operasi Bersepadu di Lahad Datu.

LAHAD DATU: Seramai 1,331 orang diperiksa dalam Operasi Bersepadu Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di daerah ini dari 1 Disember hingga semalam.
Komander ESSCOM, Datuk Hamzah Ahmad berkata, sepanjang tempoh operasi itu, sebanyak 205 kenderaan serta 486 rumah dan premis diperiksa.
“Daripada jumlah itu, seramai 19 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 sebelum diusir pulang ke negara asal.
“Manakala sebanyak 26 keping saman trafik dan lima saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dikeluarkan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Selain itu, Hamzah berkata, jumlah nilai rampasan operasi bersepadu sebanyak RM2,002 yang terdiri daripada rokok seludup pelbagai jenama menyumbang kepada nilai rampasan tertinggi.
“Selain itu, sebanyak 14 kompaun Majlis Daerah Lahad Datu dikeluarkan atas kesalahan tidak memiliki lesen perdagangan dan pengendalian makanan dikeluarkan selain tindakan pemotongan penyambungan wayar elektrik haram di Kampung Panji.
“Operasi Bersepadu ini dilaksanakan bagi menguatkuasakan undang-undang disamping mengekang elemen jenayah rentas sempadan membabitkan Pati yang boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara, ketenteraman awam dan kesejahteraan masyarakat khasnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE),” katanya.
Tambah beliau lagi, pihaknya juga akan mempergiatkan operasi seumpama ini bagi mengekang mana-mana elemen yang boleh mengganggu gugat keselamatan dan kesejahteraan awam.
Sehubungan itu, katanya masyarakat diseru untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang insiden keselamatan di ESSZONE ke Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863181 atau melalui aplikasi WhatsApp di talian 011-63311072.
Operasi Bersepadu ini membabitkan seramai 80 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pejabat Daerah, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), JPJ, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Majlis Daerah, dan Sabah. 
Sumber – HMetro
Baca Juga :  Sabah Lancar Minyak Masak Tempatan Jenama ‘Sayang’
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan RM300 Sebulan: Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
Lelaki Warga Asing Rempuh SJR Ditahan
Kem Tentera Darat Akan Dibina Di Felda Sahabat, Lahad Datu
Air Pasang Besar : Enam Beranak Bermalam Dalam Kereta
Remaja Lemas, Dua Rakan Terselamat Ketika Mandi Di Pantai Tempurung
Pemandu Rentung Selepas Nahas Di Tuaran
Jangan Bunuh Buaya Pantai Tanjung Lipat, Jabatan Hidupan Liar Diberitahu
Budak Lelaki 7 Tahun Cedera Diserang Buaya Di Lahad Datu
Berita ini 4 kali dibaca

Berita Terkait

Saturday, 25 January 2025 - 09:29

Bantuan RM300 Sebulan: Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah

Monday, 20 February 2023 - 04:53

Lelaki Warga Asing Rempuh SJR Ditahan

Sunday, 12 February 2023 - 03:15

Kem Tentera Darat Akan Dibina Di Felda Sahabat, Lahad Datu

Tuesday, 27 December 2022 - 02:19

Air Pasang Besar : Enam Beranak Bermalam Dalam Kereta

Sunday, 18 December 2022 - 03:44

Remaja Lemas, Dua Rakan Terselamat Ketika Mandi Di Pantai Tempurung

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15