Home / Uncategorized

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 Mulai 7 Nov Ini

- Penulis

Thursday, 2 November 2023 - 01:27

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Kementerian Kewangan memaklumkan seramai 5.22 juta penerima STR sedia ada bakal menerima bantuan tunai sehingga RM1,200.
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
KUALA LUMPUR: Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, iaitu pembayaran akhir bagi tahun ini akan disalurkan sebelum perayaan Deepavali secara berperingkat mulai 7 Nov ini dengan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion kepada 5.5 juta penerima.
Kementerian Kewangan menerusi kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 5.22 juta penerima STR sedia ada bakal menerima bantuan tunai sehingga RM1,200.
Turut menerima bantuan tunai di bawah STR Fasa 4 adalah lebih 280,000 penerima baharu yang diluluskan untuk Rayuan STR 2023.
“Mereka akan menerima sehingga RM2,500 mengikut kategori kelayakan masing-masing. Pembayaran ini merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini,” menurut kenyataan itu.
Dalam kenyataan sama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan membelanjakan hampir RM8 bilion untuk STR 2023 kepada 8.7 juta penerima yang memanfaatkan hampir 60 peratus penduduk dewasa Malaysia bagi membantu menangani cabaran kos sara hidup.
Sementara itu, Kementerian Kewangan memaklumkan sebagai penambahbaikan kepada STR 2024, kerajaan akan mengambil pendekatan berbeza bagi memastikan tiada golongan yang tercicir.
Menurut kementerian itu, mulai hari ini, individu yang layak boleh membuat permohonan baharu dan mengemas kini maklumat mereka untuk STR 2024 sepanjang tahun berbanding proses permohonan STR 2023 yang hanya dibuat setahun sekali.
“Ini bagi memastikan mereka yang layak namun tiada dalam pangkalan data kerajaan boleh tampil mengemukakan permohonan masing-masing selain membenarkan penerima sedia ada membuat pengemaskinian sekiranya mempunyai perubahan maklumat,” katanya.
Selain itu, bagi mengurangkan golongan yang tercicir atau exclusion error, data penerima STR sedia ada akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data kerajaan dan data berkenaan akan disemak silang dengan data daripada beberapa agensi kerajaan bagi memastikan kelayakan STR 2024 mengikut syarat ditetapkan.
Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut manakala semakan status pembayaran dan kelulusan rayuan STR boleh dibuat melalui pautan yang sama.
Sumber : BERNAMA

Jumlah Bayaran STR Fasa 4 (Isi rumah)

Untuk isi rumah dengan pendapatan RM2,500 atau kurang, jumlah pembayaran adalah seperti berikut:

Baca Juga :  Ini Adalah Senarai Penerima Bantuan Kewangan BMT RM800 Fasa 2 Dan Fasa 3
Bilangan AnakFasa 4Jumlah Keseluruhan (Fasa 1, 2, 3, dan 4)
0RM400RM1,000
1 – 2RM600RM1,500
3 – 4RM900RM2,000
5 atau lebihRM1,200RM2,500

Untuk isi rumah dengan pendapatan antara RM2,501 dan RM5,000, jumlah pembayaran adalah seperti berikut:

Baca Juga :  Tarikh Rasmi Pembayaran STR Fasa 2 Mengikut Kategori

Bilangan AnakFasa 4Jumlah Keseluruhan (Fasa 1, 2, 3, dan 4)
0RM200RM500
1 – 2RM300RM750
3 – 4RM400RM1,000
5 atau lebihRM500RM1,250

Semakan Status STR Fasa 4

Semakan status STR fasa 4 boleh dibuat dengan melayari: https://bantuantunai.hasil.gov.my/account/Login.aspx

Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Dominations | Game Terbaik
Cara Semak Status RON95: Kelayakan & Baki Kuota Subsidi
Semakan Subsidi RON95 (BUDI95) – Syarat & Cara Mohon
Bantuan Mykasih SARA Bulan Julai 2025 Dah Masuk – Boleh Semak Sekarang
Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Berita ini 3 kali dibaca

Berita Terkait

Monday, 29 September 2025 - 10:23

Dominations | Game Terbaik

Thursday, 25 September 2025 - 12:11

Cara Semak Status RON95: Kelayakan & Baki Kuota Subsidi

Thursday, 25 September 2025 - 08:34

Semakan Subsidi RON95 (BUDI95) – Syarat & Cara Mohon

Tuesday, 1 July 2025 - 11:41

Bantuan Mykasih SARA Bulan Julai 2025 Dah Masuk – Boleh Semak Sekarang

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Berita Terbaru

Gaming

Dominations | Game Terbaik

Monday, 29 Sep 2025 - 10:23

CARA PERMOHONAN

Cara Semak Status RON95: Kelayakan & Baki Kuota Subsidi

Thursday, 25 Sep 2025 - 12:11

CARA PERMOHONAN

Semakan Subsidi RON95 (BUDI95) – Syarat & Cara Mohon

Thursday, 25 Sep 2025 - 08:34

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51