Home / Uncategorized

KWSP | Pengeluaran Khas Sempena Aidilfitri RM 10,000 Sehingga RM 30,000

- Penulis

Sunday, 5 February 2023 - 03:32

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan
Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2023
Sumber : Berita Harian OnlinePortal Malaysia
KUALA LUMPUR : Dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan terjejas sekiranya permintaan untuk pengeluaran khas dipenuhi.
Memetik laporan Berita Harian, Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) dan Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat) berkata, ia susulan jutaan sumbangan masuk setiap bulan dalam simpanan agensi terbabit.
Badan bukan kerajaan yang sinonim dengan desakan pengeluaran KWSP mempunyai alasan kukuh untuk mendesak kerajaan meluluskan pengeluaran kali ini.
Presiden 4PM, Rosland Mohd Arif berkata, pengeluaran itu perlu dibenarkan memandangkan ia membabitkan simpanan pencarum sendiri dan mereka sedar simpanan masa depan akan berkurangan.
Beliau berkata, dengan kesempitan hidup, ada antara pencarum mungkin tidak sempat menikmati persaraan hari tua, memandangkan pada masa kini jumlah mereka yang terjejas semakin meningkat, ada yang diisytiharkan muflis dan menamatkannya dengan membunuh diri.
“Apabila KWSP kata RM145 bilion telah dikeluarkan dalam tempoh pandemik, bagi kami ia hanya angka kerana pelbagai penyelesaian dana diselewengkan, negara kita masih kaya, tiada kakitangan tidak bergaji atau sebagainya.
“Jadi mengapa sukar untuk KWSP membenarkan pengeluaran sedangkan jutaan pencarum terus melabur dalam tabung persaraan dan mengapa terus mempertikaikan isu pengeluaran (baki simpanan), sedangkan mereka benar-benar memerlukannya,” katanya kepada portal arus perdana itu.
KWSP sebelum ini mendedahkan bahawa ia terlepas peluang untuk mengembangkan aktiviti pelaburannya berikutan pengeluaran RM145 bilion oleh 8.1 juta ahlinya melalui empat siri kemudahan pengeluaran semasa pandemik Covid-19 iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas.
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein, dilaporkan berkata pengeluaran RM145 bilion itu tidak memberi kesan ketara kepada portfolio pelaburan pengurus dana persaraan itu.
Ini kerana, katanya, prestasi pelaburan KWSP dan pembayaran dividen lebih dipengaruhi oleh perkembangan dalam pasaran global dan domestik yang masih mencabar dan tidak menentu.
Susulan daripada empat siri pengeluaran sebelum ini, beberapa pihak terus menggesa kerajaan membenarkan pengeluaran simpanan KWSP antara RM10,000 hingga RM30,000 secara ‘one-off’ bagi meringankan kos sara hidup rakyat.
Mengulas lanjut, Presiden 4PM Rosland berkata, penjelasan KWSP yang tidak mahu membenarkan pengeluaran itu menunjukkan agensi itu seolah-olah mempunyai kepentingan tersembunyi, mengecewakan kerana tuntutan dibuat untuk mengeluarkan simpanan sendiri pencarum.
“Dengan penjelasan itu, KWSP seolah-olah tidak melihat realiti apa yang berlaku seperti rakyat menderita, tiada beras, kehilangan pekerjaan dan hanya menggunakan apa yang difikirkan tanpa meletakkan diri mereka dalam keadaan sebenar.
“Lagipun itu bukan tabung kerajaan, nak tunggu hari tua baru tarik balik, mungkin tidak sampai umur itu kerana mati, ditimpa musibah, kita tidak tahu,” katanya.
Tuntutan pengeluaran ‘one off’ RM10,000 hingga RM30,000 tidak akan mengganggu pelaburan KWSP dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta masa untuk mempertimbangkan pengeluaran khas KWSP.
“Kami berharap Kerajaan Perpaduan dan Madani Malaysia akan berjaya mencari formula dan resolusi terbaik bagaimana caruman KWSP boleh diluluskan.
“Penyumbang berharap wang simpanan itu dapat dikeluarkan selepas pembayaran dividen selewat-lewatnya pada Mac atau sebelum Ramadan atau Aidilfitri,” katanya.
Baca Juga :  STR Fasa 4 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran Diterima
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Dominations | Game Terbaik
Cara Semak Status RON95: Kelayakan & Baki Kuota Subsidi
Semakan Subsidi RON95 (BUDI95) – Syarat & Cara Mohon
Bantuan Mykasih SARA Bulan Julai 2025 Dah Masuk – Boleh Semak Sekarang
Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Berita ini 7 kali dibaca

Berita Terkait

Monday, 29 September 2025 - 10:23

Dominations | Game Terbaik

Thursday, 25 September 2025 - 12:11

Cara Semak Status RON95: Kelayakan & Baki Kuota Subsidi

Thursday, 25 September 2025 - 08:34

Semakan Subsidi RON95 (BUDI95) – Syarat & Cara Mohon

Tuesday, 1 July 2025 - 11:41

Bantuan Mykasih SARA Bulan Julai 2025 Dah Masuk – Boleh Semak Sekarang

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Berita Terbaru

Gaming

Dominations | Game Terbaik

Monday, 29 Sep 2025 - 10:23

CARA PERMOHONAN

Cara Semak Status RON95: Kelayakan & Baki Kuota Subsidi

Thursday, 25 Sep 2025 - 12:11

CARA PERMOHONAN

Semakan Subsidi RON95 (BUDI95) – Syarat & Cara Mohon

Thursday, 25 Sep 2025 - 08:34

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51