Home / Uncategorized

KWSP Lancar i-Sayang Bolehkan Suami Carum Ke Akaun KWSP Isteri

- Penulis

Thursday, 9 March 2023 - 08:32

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan i-Sayang, kemudahan yang membolehkan suami untuk memindahkan dua peratus daripada caruman KWSP mereka ke dalam akaun isteri untuk kesejahteraan masa depan pasangan.
Skim i-Sayang dengan usaha sama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) itu adalah selaras dengan komitmen kerajaan dalam memperkasakan hak dan menjaga kebajikan wanita serta menerapkan nilai kekeluargaan selaras dengan konsep Malaysia Madani yang berteraskan keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kemudahan i-Sayang ini sebahagian daripada usaha berterusan KWSP untuk memperluaskan jaringan keselamatan sosial kepada institusi kekeluargaan dan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia yang tidak mempunyai perlindungan skim keselamatan sosial yang formal, untuk menabung demi masa depan persaraan mereka.
“Dengan membolehkan suami mencarum secara sukarela sebanyak dua peratus caruman bulanan, mereka memberikan peluang kepada isteri mereka untuk mempunyai simpanan jangka masa panjang di samping mendapat akses kepada keselamatan sosial dan kewangan yang berkualiti seperti mana yang dinikmati oleh ahli KWSP.
“Lebih kurang 2.4 juta suri rumah di negara ini tidak bekerja atau berada di luar sektor tenaga buruh, seterusnya tidak mempunyai sebarang bentuk keselamatan sosial, menjadikan mereka lebih rentan terhadap kesulitan dan kejutan kewangan,” katanya dalam kenyataan.
Skim i-Sayang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023 di sini, hari ini.
Hadir sama, Menteri KPWKM, Datuk Seri Nancy Shukri dan Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir.
Permohonan i-Sayang boleh dilakukan secara dalam talian melalui i-Akaun KWSP (Ahli), Self-Service Terminal (SST) KWSP, atau di mana-mana cawangan seluruh negara.
Maklumat lanjut mengenai i-Sayang boleh didapati di laman sesawang KWSP di www.kwsp.gov.my, atau hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000.
Sumber : HarianMetro
Baca Juga :  Agong, Raja Permaisuri lakukan kunjungan hormat ke atas Raja Charles III
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Berita ini 1 kali dibaca
Tag :

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15