Home / Uncategorized

Bantuan Tunai RM500 : Berikut Senarai Penerima & Cara Pembayaran

- Penulis

Monday, 8 May 2023 - 03:53

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Bantuan warga emas merupakan salah satu inisiatif atau usaha pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam membantu golongan warrga emas di Malaysia yang kurang berkemampuan daripada segi kewangan.
Menerusi Belanjawan 2023, Kerajaan terus prihatin dengan meneruskan bantuan ini sekaligus memastikan bahawa kebajikan warga emas terus disejahterakan, terutama sekali mereka yang betul-betul memerlukan.
Jumlah bantuan sebanyak RM500 ini merupakan peningkatan jumlah dariapda RM350 sebelum ini di mana jumlah ini telah diumumkan dalam pembentangan Bajet Belanjawan 2021 terdahulu.
Bagi warga emas yang layak berdasarkan kriteria yang ditetapkan, mereka akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 sebulan.
Bantuan ini diberikan oleh JKM (sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat) kepada warga emas atau orang tua yang layak agar mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti masyarakat setempat.
Oleh itu, sekiranya anda mempunyai ibu bapa, saudara atau kenalan dalam kategori warga emas, anda boleh menghantarkan permohonan bagi pihak mereka.
Kriteria kelayakan


Hanya warga emas atau orang tua yang memenuhi kriteria berikut akan dipertimbangkan setelah permohonan dibuat:
1) Warganegara yang bermastautin di Malaysia. 
2) Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas. 
3) Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
– Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa; atau
– Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
4) Warga emas yang bukan tinggal di:
– Institusi kendalian JKM; atau
– Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma. 
5) Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan.
Cara Permohonan
Permohonan bantuan kewangan ini boleh dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Bagi memudahkan urusan, anda boleh memuat turun borang dibawah, cetak, isi maklumat yang diminta dan bawa bersama ke kaunter:
1) JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
2) JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
Dokumen Sokongan
Selain borang di atas, bagi membolehkan permohonan bantuan warga emas anda diproses dan dibuat penilaian, anda dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen berikut:
1) Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
2) Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
3) Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama,
4) Salinan penyata gaji (jika ada)
5) Lain-lain dokumen yang berkaitan
BWE adalah sebuah bantuan tunai yang menyasarkan warga emas miskin tegar (warganegara) yang berkelayakan dalam usaha memastikan kelangsungan & kesejahteraan hidup mereka.
Untuk ketahui lebih lanjut seperti syarat kelayakan, cara memohon dan soalan lazim, sila layari
https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bwe.html
Baca Juga :  Bantuan Kewangan Asasi RM3920 Untuk Keluarga B40 & M40 | Semak Kelayakan
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Berita ini 2 kali dibaca

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15