Cara Semak Status RON95, BUDI95 (atau BUDI MADANI RON95)
Semak Sini:
https://www.budi95.gov.my adalah inisiatif subsidi petrol RON95 bersasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia. Inisiaitif ini akan bermula pada 30 September, manakala semakan status boleh dibuat bermula 25 September 2025 melalui laman web rasmi https://www.budimadani.gov.my/ atau
https://www.budi95.gov.my/. Status terkini dan baki kuota 300L yang diperuntukkan bagi setiap pemegang MyKad juga boleh disemak melalui aplikasi stesen minyak seperti Setel, CaltexGo, Petron, dan e-dompet seperti Touch ‘n Go eWallet.
Semak Sini:
https://www.budi95.gov.my
uti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang BUDI95 dan panduan semakan status serta pembelian petrol RON95 dengan harga subsidi baharu, RM1.99 seliter.

Pengenalan BUDI95
BUDI95 atau BUDI MADANI RON95 ialah sebuah inisiatif program pelaksanaan petrol RON95 pada harga RM1.99 berbanding RM2.05 seliter bermula 30 September ini bagi rakyat tempatan tanpa mengambil kira tahap pendapatan.
Tujuan utama adalah memastikan subsidi benar-benar sampai kepada mereka yang layak, dan mengurangkan ketirisan.
Di bawah Program Inisiatif BUDI95 :
- Harga subsidi untuk rakyat Malaysia yang layak ialah RM1.99 seliter, bermula 30 September 2025.
- Kuota minima: 300 liter sebulan bagi setiap pengguna.
- Semua rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas dengan lesen memandu aktif layak secara automatik — tiada pendaftaran tambahan diperlukan.

Cara Semakan BUDI95
3 Cara Semak Status Kelayakan Subsidi BUDI95
- Portal rasmi: https://www.budi95.gov.my/
- Pusat Khidmat Pelanggan BUDI95
- Aplikasi Setel, Touch n Go, CaltexGO (selepas verifikasi identiti)
Hanya perlu masukkan No. Kad Pengenalan untuk semakan.
Mulai 30 September, penggunaan subsidi dipaparkan harian, termasuk baki kelayakan.
Had subsidi: 300 liter/bulan

Cara Semakan Status Kelayakan Subsidi Petrol RON95 Melalui Portal Budi Madani
- Layari portal rasmi https://www.budi95.gov.my/ mulai 25 September 2025)
- Masukkan kad pengenalan untuk semakan.
- Setiap penggunaan subsidi akan dipaparkan secara harian termasuk baki kelayakan. Had ditetapkan ialah 300 liter sebulan.

Cara Semakan Status Kelayakan Subsidi Petrol RON95 Melalui Aplikasi Setel
- Muat turun aplikasi Setel di pautan https://www.setel.com/
- Klik ‘Check Eligibility’ (NOTA: Pastikan akaun anda telah disahkan melalui proses verifikasi)
- Jika anda layak, baki anda akan dipaparkan dalam apps ini.

Buka apps Setel, lepas tu klik katCONFIRM BUDI95 ELIGIBILITY NOW’

Nanti akan dipaparkan kelayakan anda.

Boleh check baki kuota terus dalam apps ni. Mudah kan?

Pastikan anda dah sahkan akaun melalui proses verifikasi swafoto & video (rujuk video di bawah)
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara nak isi minyak menggunakan aplikasi
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Semakan BUDI95
Bila harga minyak petrol RON95 akan turun ke RM1.99?
Harga petrol RON95 akan turun ke RM1.99 seliter mulai 30 September 2025, menurut pengumuman Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Manfaat ini akan dinikmati lebih awal oleh anggota polis dan tentera mulai 27 September, serta penerima STR mulai 28 September.
Siapa yang akan menerima manfaat ini?
Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 18 juta rakyat Malaysia, termasuk:
-Pemandu kereta
-Penunggang motosikal
-Belia seawal usia 16 tahun
-Pekerja gig (seperti penghantar makanan dan penunggang e-hailing)
Warganegara asing dan individu yang tidak layak perlu membayar harga pasaran tanpa subsidi, iaitu sekitar RM2.50 seliter.
Apakah skop subsidi bersasar ini?
Subsidi ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang layak. Warganegara asing dan individu yang tidak layak perlu membayar harga pasaran tanpa subsidi, iaitu sekitar RM2.50 seliter.
Berapa perbezaan antara harga semasa dan harga baharu?
Harga semasa RON95 yang disubsidi adalah sekitar RM2.05 seliter.Harga baharu akan menjadi RM1.99 seliter. Perbezaannya kira-kira 6 sen lebih murah.
Apa mekanisme pelaksanaan yang akan digunakan?
Rakyat Malaysia hanya perlu mengimbas MyKad untuk mendapatkan harga subsidi baharu RON95 iaitu RM1.99/liter.
Pastikan cip MyKad anda berfungsi untuk digunakan bagi pengesahan identiti semasa mengisi minyak.
Jika cip rosak, silalah ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara untuk penggantian segera atau mohon penggantian secara online.
Anda juga boleh menggunakan aplikasi seperti Setel, TNG dan CaltexGo.
Apa perlu buat jika MyKad rosak?
Jika cip rosak, silalah ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara untuk penggantian segera atau mohon penggantian secara online melalui JPN E-Services.
Bagaimana nak check kelayakan subsidi petrol RON95 Budi Madani?
Semakan kelayakan bagi inisiatif BUDI MADANI RON95 (Subsidi petrol BUDI95) boleh dibuat mulai 25 September di https://www.budi95.gov.my/
Adakah pengisian petrol RON95 terhad kepada sekali sehari?
Tidak. Tiada sekatan untuk isi minyak RON95 lebih daripada sekali dalam sehari.
Perlu ke bawa lesen memandu untuk isi RON95?
Lesen tak perlu bawa, tapi pastikan lesen anda tak expired ya. Anda hanya perlu bawa MyKad untuk isi minyak RON95 bersubsidi dengan harga RM1.99/liter.
Boleh ke guna Touch n Go untuk isi minyak RON96 dengan harga subsidi RM1.99 seliter?
Boleh. Anda hanya perlu sahkan akaun supaya tak perlu imbas IC setiap kali nak isi minyak.
Boleh ke guna Setel untuk isi minyak petrol RON95 dengan harga subsidi RM1.99 seliter?
Boleh, anda hanya perlu sahkan akaun dan lakukan proses verifikasi untuk dapatkan harga petrol RON95 bersubsidi.