Berita gembira buat rakyat! Harga petrol RON95 akan turun kepada RM1.99 seliter melalui pelaksanaan subsidi bersasar bawah inisiatif Kerajaan MADANI. Subsidi Bersasar Petrol RON95 akan dilaksanakan di seluruh negara mulai 30 September 2025. Status kelayakan subsidi Petrol RON95 boleh dibuat secara online melalui laman web rasmi https://www.budimadani.gov.my/
Pastikan cip MyKad anda berfungsi untuk digunakan bagi pengesahan identiti semasa mengisi minyak. Jika cip rosak, silalah ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara untuk penggantian segera.
Semua rakyat Malaysia akan menerima siling kelayakan bulanan sebanyak 300 liter bagi subsidi petrol RON95 menerusi program Budi Madani RON95 (BUDI95) yang berkuat kuasa 30 September ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bertujuan memastikan subsidi diagih secara adil kepada pengguna yang layak selain mengelakkan ketirisan.
Menurutnya, pendekatan bersasar ini sejajar dengan ikhtiar Kerajaan untuk mengoptimum sumber negara bagi manfaat rakyat, dan mengurangkan pembaziran subsidi.
Inisiatif ini juga membuktikan kesungguhan kerajaan MADANI melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) memastikan pelaksanaan subsidi yang lebih adil, telus dan berpaksikan rakyat.
Orang ramai diingatkan agar memeriksa MyKad bagi memastikan cip berfungsi dengan baik. Ianya penting kerana subsidi bersasar harga petrol hanya boleh dinikmati apabila MyKad digunakan sebagai pengesahan identiti semasa mengisi minyak untuk menerima subsidi petrol khas yang bakal dilaksana oleh Kerajaan.
Berikut dikongsikan ringkasan dan perincian bagi penyasaran tersebut.

Semakan Kelayakan Subsidi RON 95 Mulai 25 September 2025
Semakan kelayakan bagi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) boleh dibuat mulai 25 September 2025 (Khamis), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata semakan boleh dilakukan secara dalam talian menerusi portal rasmi www.budimadani.gov.my. di Pusat Khidmat Pelanggan BUDI95 atau melalui aplikasi Setel dan CaltexGO selepas proses verifikasi identiti selesai.
Pengguna hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan untuk mengetahui kelayakan subsidi yang diperoleh.

Cara Semakan Status Kelayakan Subsidi Petrol RON95 Melalui Portal Budi Madani
- Layari portal rasmi www.budimadani.gov.my. (mulai 25 September 2025)
- Masukkan kad pengenalan untuk semakan.
- Setiap penggunaan subsidi akan dipaparkan secara harian termasuk baki kelayakan. Had ditetapkan ialah 300 liter sebulan.

Cara Semakan Status Kelayakan Subsidi Petrol RON95 Melalui Aplikasi Setel
- Muat turun aplikasi Setel di pautan https://www.setel.com/
- Klik ‘Check Eligibility’ (NOTA: Pastikan akaun anda telah disahkan melalui proses verifikasi)
- Jika anda layak, baki anda akan dipaparkan dalam apps ini.

Pastikan anda dah sahkan akaun melalui proses verifikasi swafoto & video (rujuk video di bawah)
Cara Ganti MyKad Rosak
Jika anda nak isi minyak secara manual guna MyKad pun boleh je tanpa aplikasi. Kalau MyKad rosak seperti tidak boleh dibaca, cip bermasalah, atau fizikal kad seperti calar atau retak, anda boleh menukarnya dengan mudah melalui saluran yang disediakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Terdapat 4 cara untuk membuat gantian MyKad yang rosak, iaitu:
- Hadir ke kaunter JPN terdekat
- MyPhone-In : Permohonan melalui telefon di talian 03-88808066 (*Sila rujuk infografik di bawah)
- Permohonan dalam talian : Secara online melalui JPN E-Services
- Hadir ke bas & van bergerak JPN

Langkah-langkah Gantian MyKad Rosak:
- Hadir ke cawangan JPN
- Ambil nombor giliran kategori “ROSAK”
- Serahkan MyKad rosak dan maklumat diri kepada petugas JPN
- Bayar caj penggantian, seperti berikut:
- RM40 untuk MyKAS dan MyPR
- RM10 untuk MyKad

Tempoh siap MyKad:
- 30 minit di JPN Ibu Pejabat Negeri, UTC, dan cawangan terpilih
- 5 hari bekerja di cawangan Semenanjung Malaysia
- 7 hari bekerja di Sabah, Sarawak, dan Labuan
Permohonan hanya cepat jika tiada komplikasi pada kad atau maklumat peribadi
Pastikan MyKad anda sentiasa dalam keadaan baik. Jika rosak, cepatkan proses gantian untuk elak masalah semasa urusan rasmi.
- Info lanjut di: www.jpn.gov.my
- Ikuti juga @jpnhqofficial di media sosial untuk maklumat terkini.

Soalan Lazim Semakan Subsidi Petrol RON95 / BUDI95
Harga petrol RON95 akan turun ke RM1.99 seliter mulai 30 September 2025, menurut pengumuman Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Manfaat ini akan dinikmati lebih awal oleh anggota polis dan tentera mulai 27 September, serta penerima STR mulai 28 September.
Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 18 juta rakyat Malaysia, termasuk:
-Pemandu kereta
-Penunggang motosikal
-Belia seawal usia 16 tahun
-Pekerja gig (seperti penghantar makanan dan penunggang e-hailing)
Warganegara asing dan individu yang tidak layak perlu membayar harga pasaran tanpa subsidi, iaitu sekitar RM2.50 seliter.
Subsidi ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang layak. Warganegara asing dan individu yang tidak layak perlu membayar harga pasaran tanpa subsidi, iaitu sekitar RM2.50 seliter.
Harga semasa RON95 yang disubsidi adalah sekitar RM2.05 seliter.Harga baharu akan menjadi RM1.99 seliter. Perbezaannya kira-kira 6 sen lebih murah.
Rakyat Malaysia hanya perlu mengimbas MyKad untuk mendapatkan harga subsidi baharu RON95 iaitu RM1.99/liter.
Pastikan cip MyKad anda berfungsi untuk digunakan bagi pengesahan identiti semasa mengisi minyak.
Jika cip rosak, silalah ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara untuk penggantian segera atau mohon penggantian secara online.
Anda juga boleh menggunakan aplikasi seperti Setel, TNG dan CaltexGo.
Jika cip rosak, silalah ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara untuk penggantian segera atau mohon penggantian secara online melalui JPN E-Services.
Semakan kelayakan bagi inisiatif BUDI MADANI RON95 (Subsidi petrol BUDI95) boleh dibuat mulai 25 September di https://www.budimadani.gov.my/
Tidak. Tiada sekatan untuk isi minyak RON95 lebih daripada sekali dalam sehari.
Lesen tak perlu bawa, tapi pastikan lesen anda tak expired ya. Anda hanya perlu bawa MyKad untuk isi minyak RON95 bersubsidi dengan harga RM1.99/liter.
Boleh. Anda hanya perlu sahkan akaun supaya tak perlu imbas IC setiap kali nak isi minyak.
Boleh, anda hanya perlu sahkan akaun dan lakukan proses verifikasi untuk dapatkan harga petrol RON95 bersubsidi.