Home / Uncategorized

Bantuan Awal Persekolahan 2025: RM150 One-Off Untuk Murid Tahun 1 Hingga Tingkatan 5

- Penulis

Friday, 6 December 2024 - 11:11

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy

TERKINI : Bantuan Awal Persekolahan Sesi 2025 akan diteruskan dengan jumlah keseluruhan yang telah peruntukan sebanyak RM800 juta

Channel WhatsApp STR 2025  : https://whatsapp.com/channel/STR

Perkara ini disahkan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkannya pada pembentangan Belanjawan yang lalu. Anwar berkata, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin juga turut ditingkatkan daripada RM150 juta kepada RM180 juta tahun ini. Inisiatif Bantuan Awal Persekolahan dipercayai mampu membawa kebaikan untuk 5.2 juta orang murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dengan meringankan bebanan para penjaga & ibu pada dalam menghadapi sesi persekolahan yang baharu pada tahun hadapan. Pada perkongsian kali ini, kami akan bawakan kepada anda info lanjut mengenai Bantuan Awal Persekolahan 2025.

Bantuan Awal Persekolahan

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Dalam Bajet 2023 terdahulu, Kerajaan telah mengumumkan menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk semua murid, tanpa mengira had pendapatan dan usul ini diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan PM Anwar Ibrahim. Bagi tahun hadapan, Bantuan Awal Persekolahan 2025 akan diteruskan dan diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya tanpa mengira pendapatan ibu bapa.

Baca Juga :  CHECK BANTUAN EKASIH RM500 2023 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

Kadar Bantuan Bantuan Awal Persekolahan

Murid yang layak akan menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).

Syarat Layak Bantuan Awal Persekolahan

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  1. Murid warganegara Malaysia :
  2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2025/2026; dan
  3. Murid bersekolah di:
    • Sekolah Kerajaan (SK)
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
    • Sekolah Agama
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
    • Sekolah Integriti
    • Sekolah Henry Gurney

Kaedah Penyaluran Bayaran

Mulai tahun 2025, KPM akan memperluas kaedah agihan BAP kepada kaedah kredit ke akaun ibu bapa atau penjaga yang sah. KPM juga tidak menetapkan sebarang bank tertentu bagi tujuan agihan BAP secara kredit ke akaun bank.

  • Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke;
    • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
    • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
  • Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan dibuat sama ada secara:
    1. Tunai; atau
    2. Disalurkan terus ke akaun bank murid.
Baca Juga :  STR TAMBAHAN | Kategori Penerima, Tarikh Bayaran & Jumlah Bayaran

Tarikh Penyaluran Bantuan Awal Persekolahan 2025

Tempoh agihan bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 ialah 30 hari dari tarikh surat makluman penyaluran peruntukan dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan, KPM. Manakala tempoh agihan bagi murid Tahun 1 sesi perseklahan 2025/2026 ialah 30 hari dari tarikh sesi persekolahan bermula.

*Maklumat terperinci berkenaan dengan tarikh penyaluran BAP 2025 akan dimaklumkan oleh sekolah masing-masing.

Borang Bantuan Awal Persekolahan

Pihak sekolah akan menetapkan kaedah pembayaran kepada setiap murid.

Bagi sesetengah sekolah, murid atau ibu bapa tidak perlu membuat permohonan kerana semua murid layak dan pemberian ini tidak berdasarkan data pendapatan ibu bapa dalam APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid).

Umumnya, pihak sekolah hanya akan mengedarkan borang pengesahan seperti berikut:

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan BAP, anda boleh rujuk pada pautan berikut:

Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Berita ini 8 kali dibaca

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15