Home / Uncategorized

Bantuan BKM tambahan RM500 untuk semua, semak sekarang

- Penulis

Tuesday, 4 October 2022 - 01:56

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Bantuan BKM tambahan RM500 untuk semua, semak sekarang. Bantuan BKM Tambahan adalah merupakan bantuan tunai kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah diumumkan dalam bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada semua isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.
Untuk makluman anda, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuat secara berperingkat iaitu melibatkan 4 fasa dalam setahun. Kadar bayaran bagi setiap fasa adalah berbeza mengikut kategori penerima bantuan. Kerjaan juga turut menyediakan bayaran BKM tambahan kepada beberapa kategori yang layak.
Siapa yang akan terima bayaran BKM Tambahan dan bila tarikh bayaran BKM Tambahan? Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bayaran BKM Tambahan.


KADAR TAMBAHAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)
Kadar tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) hanya diberikan kepada penerima isi rumah berikut:
-Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat atau;
-Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus warga emas yang mempunyai anak menepati syarat.


SEMAKAN KELAYAKAN BAYARAN BANTUAN BKM TAMBAHAN FASA 3 RM500
Macam mana nak tahu kalau anda layak menerima BKM Tambahan? Untuk makluman anda, anda boleh melakukan semakan secara online melalui laman khas Bantuan Keluarga Malaysia. Berikut adalah merupakan cara melakukan semakan kelayakan BKM Tambahan:
– Pergi ke laman https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx
– Masukkan nombor kad pengenalan dan klik semak. 
– Sahkan kata kunci keselamatan anda dan klik YA jika betul. 
– Masukkan kata laluan yang didaftarkan sebelum ini dan klik Log Masuk
– Klik semakan status untuk semak status permohonan. 
– Status permohonan beserta jumlah bayaran bantuan diluluskan atau dipaparkan.


Jika tiada maklumat BKM tambahan dipaparkan di laman semakan anda, ini bermakna anda tidak layak untuk menerima bayaran BKM tambahan.
TARIKH BAYARAN BANTUAN BKM TAMBAHAN FASA 3 RM500
Berikut adalah tarikh pembayaran bagi BKM Tambahan bagi penerima yang layak:
– Fasa 1: 28 Mac 2022
– Peringkat 2: 27 Jun 2022
– Fasa 3: Bermula 20 September 2022 Sehingga Akhir Bulan September 2022
– Fasa 4: Disember 2022
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tambahan, anda boleh rujuk di laman www.bkm.hasil.gov.my. Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian BKK LHDNM di 1-800-88-2747
Baca Juga :  Belanjawan 2024 : Senarai Intipati Bajet 2024 (Ringkasan Infografik)
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Dominations | Game Terbaik
Cara Semak Status RON95: Kelayakan & Baki Kuota Subsidi
Semakan Subsidi RON95 (BUDI95) – Syarat & Cara Mohon
Bantuan Mykasih SARA Bulan Julai 2025 Dah Masuk – Boleh Semak Sekarang
Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Berita ini 6 kali dibaca

Berita Terkait

Monday, 29 September 2025 - 10:23

Dominations | Game Terbaik

Thursday, 25 September 2025 - 12:11

Cara Semak Status RON95: Kelayakan & Baki Kuota Subsidi

Thursday, 25 September 2025 - 08:34

Semakan Subsidi RON95 (BUDI95) – Syarat & Cara Mohon

Tuesday, 1 July 2025 - 11:41

Bantuan Mykasih SARA Bulan Julai 2025 Dah Masuk – Boleh Semak Sekarang

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Berita Terbaru

Gaming

Dominations | Game Terbaik

Monday, 29 Sep 2025 - 10:23

CARA PERMOHONAN

Cara Semak Status RON95: Kelayakan & Baki Kuota Subsidi

Thursday, 25 Sep 2025 - 12:11

CARA PERMOHONAN

Semakan Subsidi RON95 (BUDI95) – Syarat & Cara Mohon

Thursday, 25 Sep 2025 - 08:34

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51