Home / Uncategorized

Subsidi RM5,000 tukar kereta baharu

- Penulis

Wednesday, 5 October 2022 - 02:19

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Inisiatif pemilikan boleh mengurangkan jumlah kenderaan lama di jalan raya
KUALA LUMPUR: Kerajaan wajar memperkenalkan subsidi pemilikan sebanyak RM5,000 kepada rakyat sebagai pertukaran kepada kenderaan baharu berharga di bawah RM60,000.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd (PROTON), Roslan Abdullah, berkata inisiatif yang boleh dipertimbangkan dalam Bajet 2023 itu, bukan sekadar dapat meningkatkan pemilikan kereta baharu mampu milik, malah mengurangkan jumlah kenderaan lama di jalan raya.
“Kerajaan juga memperluaskan insentif kenderaan elektrik (EV) kepada segmen kenderaan hibrid dalam usaha mempercepatkan peralihan kepada kenderaan tenaga baharu itu.
“Langkah memperluaskan insentif kepada kenderaan hibrid elektrik (HEV), kenderaan ‘plug-in’ hibrid elektrik (PHEV) dan kenderaan elektrik hibrid ringan (MHEV) adalah untuk memaksimumkan penggunaan yang dilengkapi teknologi baharu dan ciri memelihara alam sekitar,” katanya kepada BH.
Roslan berkata, menerusi Bajet 2023, kerajaan dicadangkan menyediakan geran pembangunan untuk program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pelaburan dalam teknologi automotif baharu khususnya aktiviti yang memacu pertumbuhan industri.
“Komponen kritikal yang terbabit merangkumi platform kenderaan dan reka bentuk bawah badan. Reka bentuk bahagian atas badan dan pembangunan kejuruteraan, serta pembangunan tren kuasa termasuk aktiviti integrasi kejuruteraan,” katanya.


Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah
Beliau menjelaskan, kerajaan wajar melihat kepada teknologi baharu ke arah ketersambungan pintar, pemanduan pintar dan fungsi berkaitan yang mengoptimumkan aspek keselamatan.
“Selaras dengan aspirasi yang termaktub dalam Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020), kerajaan perlu melihat kepada aspek reka bentuk Kenderaan Tenaga Baharu dan program pembangunan kejuruteraan EV untuk pembuatan tempatan dan kenderaan hibrid, bagi pengedaran di pasaran tempatan dan eksport.
“Program pembangunan pendigitalan yang menerapkan teknologi baharu selaras dengan pertumbuhan Industri 4.0 dalam ekosistem automotif tempatan juga harus dititikberatkan dalam Bajet 2023, meliputi operasi huluan dan aktiviti perniagaan hiliran,” katanya.
Roslan berkata, peserta industri juga menantikan pengumuman berhubung lanjutan tempoh insentif untuk EV bagi mencapai tempoh mencukupi dalam memangkin perindustrian EV di Malaysia dan membangunkan tahap penggunaan serta pengalaman pengguna kepada EV.
“Saya melihat keperluan melanjutkan pengecualian cukai ke atas EV import sepenuhnya (CBU) sehingga Disember 2025 berbanding Disember 2023 (Bajet 2022) dan EV pemasangan tempatan (CKD) sehingga Disember 2027 (berbanding Disember 2025 dalam Bajet 2022,” katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata MAA berharap kerajaan dapat melanjutkan pengecualian cukai EV sehingga 10 tahun lagi dalam mempersiapkan pasaran ke arah pertumbuhan segmen kenderaan itu di Malaysia.
“Kami menghargai usaha kerajaan untuk menyokong pasaran EV tetapi menamatkan beberapa insentif semasa pada 2023 adalah terlalu awal.
“Kami memohon lanjutan pengecualian cukai import dan eksais sepenuhnya bagi EV CBU sementara pasaran sedang bersiap sedia bagi pertumbuhan EV di Malaysia,” katanya.
Sumber : bharian
Baca Juga :  Lans Koperal rayu nak lawat kubur isteri yang maut ditembak
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Dominations | Game Terbaik
Cara Semak Status RON95: Kelayakan & Baki Kuota Subsidi
Semakan Subsidi RON95 (BUDI95) – Syarat & Cara Mohon
Bantuan Mykasih SARA Bulan Julai 2025 Dah Masuk – Boleh Semak Sekarang
Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Berita ini 1 kali dibaca
Tag :

Berita Terkait

Monday, 29 September 2025 - 10:23

Dominations | Game Terbaik

Thursday, 25 September 2025 - 12:11

Cara Semak Status RON95: Kelayakan & Baki Kuota Subsidi

Thursday, 25 September 2025 - 08:34

Semakan Subsidi RON95 (BUDI95) – Syarat & Cara Mohon

Tuesday, 1 July 2025 - 11:41

Bantuan Mykasih SARA Bulan Julai 2025 Dah Masuk – Boleh Semak Sekarang

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Berita Terbaru

Gaming

Dominations | Game Terbaik

Monday, 29 Sep 2025 - 10:23

CARA PERMOHONAN

Cara Semak Status RON95: Kelayakan & Baki Kuota Subsidi

Thursday, 25 Sep 2025 - 12:11

CARA PERMOHONAN

Semakan Subsidi RON95 (BUDI95) – Syarat & Cara Mohon

Thursday, 25 Sep 2025 - 08:34

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51