Home / Uncategorized

Agong, Raja Permaisuri lakukan kunjungan hormat ke atas Raja Charles III

- Penulis

Thursday, 13 October 2022 - 03:42

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



AL-SULTAN Abdullah ketika kunjungan hormat ke atas Raja Charles III. FOTO Facebook Istana Negara
Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenaan berangkat melakukan kunjungan hormat ke atas Raja Charles III di Istana Buckingham di London, United Kingdom (UK), semalam.
Istana Negara dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan kunjungan hormat itu bersempena lawatan khas Seri Paduka Baginda berdua ke London, dari 10 Oktober hingga 16 Oktober.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata sesi kunjungan hormat itu yang berlangsung selama 40 minit bermula pada 3 petang (waktu tempatan).
“Raja Charles III berkenan menyantuni dan beramah mesra dengan Seri Paduka Baginda berdua.
“Raja Charles III dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut menyentuh isu-isu hubungan dua hala antara Malaysia dan UK termasuk isu alam sekitar dan pelancaran Battersea Power Station, sebuah projek hartanah ikonik pelaburan Malaysia di London, yang akan dirasmikan Seri Paduka Baginda selepas sesi kunjungan hormat itu,” katanya.
Ahmad Fadil berkata, keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua melakukan kunjungan hormat itu mencerminkan keakraban Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan Raja Charles III.
“Kedua-dua pemimpin sudah menjalinkan persahabatan sejak lebih empat dekad, bermula dengan bersukan polo bersama-sama ketika remaja di pelbagai peringkat kejohanan antarabangsa.
“Kunjungan hormat ini, yang juga pertemuan kali kedua antara kedua-dua pemimpin pada tahun ini, turut mencerminkan hubungan dua hala yang rapat antara Malaysia dan United Kingdom sejak kemerdekaan 65 tahun lalu,” katanya.
Pada 18 September lalu, Seri Paduka Baginda berdua berkenan berangkat menghadiri Majlis Resepsi Bersama Raja Charles III yang dihoskan oleh baginda di Istana Buckingham.
Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan berangkat menghadiri istiadat pemakaman negara Ratu Elizabeth II di Westminster Abbey pada 19 September lalu.
Sumber : Harian Metro
Baca Juga :  Rasmi: Kalendar 2023 Cuti Umum & Cuti Sekolah
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Berita ini 0 kali dibaca
Tag :

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15