Home / Uncategorized

Senarai Bantuan Kerajaan Bulan November Tahun 2022 | Semak Hari Ini

- Penulis

Wednesday, 2 November 2022 - 02:58

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Kini seperti yang semua pembaca sedia maklum bahawa kita sekarang berada pada bulan November tahun 2022. Dengan erti kata yang lain, tahun 2022 sudah berada di penghujungnya. 
Walaupun masa ini telah berada di 2 bulan terakhir bagi tahuun 2022, e-semasa akan menyenaraikan kepada anda semua akan pelbagai bantuan-bantuan dari pihak kerajaan bersama dengan tarikh pentingnya dalam bulan November ini.
Semua bantuan yang ada ini umumnya perlu diurus ataupun dimohon bermula pada bulan November ini sekiranya bukan sebelum bulan 11. Bantuan-bantuan bersalurkan daripada berbagai-bagai pihak seperti pihak kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan agensi-agensi besar yang tertentu. 
Dengan adanya bantuan ini semestinya akan membantu semua rakyat untuk meringankan beban hidup khususnya dalam menghadapi keadaan hidup masa sekarang yang sering mengalami fasa kenaikan harga barang.
Oleh yang demikian, berikut adalah senarai bantuan Kerajaan pada bulan November ini beserta dengan tarikh-tarikh pentingnya.
BANTUAN KEWANGAN JKM NOVEMBER 2022


Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada bulan 11 ini akan dikreditkan seperti saluran yang digunakan sebelum ini berdasarkan jadual yang telah ditetapkan.
Walaubagaimanapun, mengikut negeri masing-masing pembayaran bantuan ini akan berbeza di mana tujuan utamanya adalah berdasarkan kemudahan urusan setiap kawasan. 
Hal ini disebabkan kerana proses keseluruhan dalam permohonan bantuan kewangan ini dikendalikan sepenuhnya oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh kawasan negara.
Oleh itu, tarikh 1 sehingga 10 November adalah tempoh pembayaran Bantuan JKM.
Untuk mengetahui maklumat lanjut bolehlah melayari laman Facebook rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti yang tertera di bawah:👇
Facebook Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat
DISKAUN PTPTN BERMULA PADA NOVEMBER 2022


Pembentangan Bajet Kewangan 2023 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan (Tengku Zafrul Aziz) negara baru-baru ini ada memerihalkan perkara yang berkaitan dengan pengurusan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). 
Perkara yang dinyatakan dalam hal tersebut adalah pihak kerajaan perseketuan telah bersetuju untuk memberikan kadar diskaun yang bersesuaian kepada semua peminjam PTPTN dalam proses bayaran balik pinjaman di mana kadar diskaun yang ditawarkan mencapai sehingga 20% bagi bayaran secara keseluruhan pinjaman.
Hal ini sejajar dengan kehendak kerajaan untuk menjadi lebih prihatin dan memahami terhadap beban yang kini ditampungi oleh semua peminjam iaitu ingin memastikan bebanan bayaran pinjaman balik ini dapat dikurangkan. Kadar diskaun ini tetap berada di bawah Insentif Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN.
SYARAT DAN JUMLAH DISKAUN YANG DITAWARKAN
Rangkuman diskaun yang terdapat dalam Struktur Insentif baru ini adalah:
1) Penyelesaian Penuh Pinjaman dari baki hutang – Diskaun 20% 
2) Penyelesaian sekurang-kurangnya 50% pembayaran dari baki hutang – Diskaun 15%
3) Penyelesaian secara Potongan Gaji atau Debit Terus Berjadual – Diskaun 15%
Bayaran bulanan melalui JomPay tidak layak mendapat tawaran diskaun ini.
TEMPOH DISKAUN
Diskaun ini bermula dari 1 November 2022 sehingga 30 April 2023
Info lanjut berkenaan dengan perkara ini bolehlah dirujuk melalui pautan di bawah:👇
Laman Web Rasmi
Facebook Rasmi
BANTUAN i-BELIA DAN i-BELIA PERANTAU
Kerajaan negeri Terengganu mewujudkan satu inisiatif berupa bantuan yang berbentuk kewangan melalui i-Belia. 
i-Belia adalah sejenis bantuan kewangan yang berfokuskan terhadap golongan anak muda dan penuntut pengajian tinggi di negeri Terengganu. 
Berkaitan dengan itu juga, i-Belia Perantau juga diwujudkan dan ianya memfokuskan pemberian bantuan kewangan kepada golongan anak jati Terengganu yang tinggal di luar negeri tersebut. 
Pemberian bantuan ini adalah secara one-off sebanyak RM 150 di mana jangkaan pembayaran adalah bermula pada 1 November sehinggalah 30 November 2022.
BANTUAN PENDIDIKAN ZAKAT ANAK SELANGOR (SPZAS) 2023


Permohonan untuk bantuan dalam pendidikan telah dibuka oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS).
Bantuan ini adalah untuk semua pelajar yang berada di sekolah rendah, menengah dan juga institusi pengajian tinggi (IPT). Bagi yang belum membuat permohonan masih ada masa lagi kerana tarikh tutup permohonan adalah pada 3 Disember 2022.
Jenis bantuan adalah bergantung dengan jumlah tanggungan pada kadar pemberian RM 200 bagi seorang pelajar sekolah rendah dan menengah manakala RM 700 sehingga RM 2500 bagi golongan pelajar IPT.
Sebelum membuat permohonan pastikan setiap syarat yang ada telah dibaca. Untuk makluman, permohonan ini hanya boleh dibuat sekali sahaja dan ianya bagi bukan yang ASNAF FAKIR, MISKIN & MUALAF.
Untuk membuat permohonan bolehlah dilayari dalam laman web seperti yang tertera di bawah:
PAUTAN PERMOHONAN
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT) BAWAH PENGURUSAN RISDA


Peruntukan RM 191 juta akan diagihkan dimana seramai 232,219 golongan pekebun kecil yang berada di bawah Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) akan menerima bantuan ini.
Datuk Seri Mahadzir Khalid yang merupakan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah memberikan kenyataan bahawa pemberian bantuan ini akan mula disalurkan pada November ini. Beliau juga memberi jaminan bahawa bantuan ini tidak akan terkesan oleh tempoh Pilihan Raya Umum ke-15.
Bayaran yang akan dilaksanakan adalah secara 2 peringkat iaitu RM 300 bagi bulan November dan Disember 2022. Dengan itu, jumlah bantuan yang akan diterima adalah sebanyak RM 600.
Berhubung dengan perkara yang demikian, berdasarkan pembentangan Bajet 2023, jumlah bantuan RM 600 akan dinaikkan ke RM 800 bagi tahun 2023 iaitu satu kenaikan yang sebolehnya memberikan khabar berita yang positif kepada golongan pekebun kecil getah.
Maklumat lanjut berkenaan dengan bantuan ini boleh didapati melalui pautan di bawah:
PAUTAN RASMI PEKEBUN KECIL MAKMUR
Baca Juga :  Sekolah akan agihkan Bantuan Awal Persekolahan kepada murid mulai 12 Januari
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15