Anda punyai anak yang sedang diasuh di TASKA? Ini berita baik untuk anda kerana, Jabatan Kebajikan Masyarakat membuat Pemberian Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA maksimum RM180 sebulan untuk seorang kanak-kanak.
Subsidi ini bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa yang berpendapatan rendah, menyediakan peluang kepada kanak-kanak mendapat asuhan dan didikan awal yang lebih baik di TASKA & seterusnya secara tidak langsung menyumbang ke arah pembangunan modal insan yang berkualiti, sihat dan seimbang.
NAMA PROGRAM
Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA.
KADAR SUBSIDI YURAN PENGASUHAN
– Kadar maksimum subsidi yuran pengasuhan adalah sebanyak RM180.00 sebulan bagi seorang kanak-kanak.
– Jika yuran pengasuhan kanak-kanak lebih rendah daripada kadar subsidi, maka subsidi ini diberi mengikut kadar yuran sebenar.
– Jika yuran pengasuhan kanak-kanak lebih tinggi daripada kadar subsidi, maka lebihan perbezaan yuran tersebut adalah di bawah tanggungan ibu bapa/penjaga kanak-kanak yang berkenaan.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Bil. |
Kategori |
Kriteria |
1 |
Kanak – kanak |
- Berumur di bawah 4 tahun;
- Kanak-kanak genap empat (4) tahun, subsidi yuran pangasuhan TASKA boleh diteruskan sehingga 31 Disember tahun kalendar; dan
- Mendapat asuhan & didikan awal secara bulanan di TASKA yang berdaftar dengan JKM, kecuali TASKA Komuniti.
|
2 |
Ibu Bapa / Penjaga |
- Ibu/bapa/penjaga adalah warganegara Malaysia;
- Pendapatan perkapita ibu bapa/ penjaga adalah RM 800.00 sebulan bagi kawasan bandar;
- Pendapatan perkapita ibu bapa/ penjaga adalah RM 500.00 sebulan bagi kawasan luar bandar(Sila rujuk perincian pengiraan untuk pendapatan perkapita seperti di Lampiran A.);
|
3 |
TASKA / Penjaga |
- Pengusaha adalah warganegara Malaysia;
- TASKA berdaftar dengan JKM;
- Mempunyai bank akaun yang aktif atas nama TASKA; dan
- Pengusaha TASKA yang memohon Subsidi Yuran Pengasuhan hendaklah mengemaskini maklumat kanak-kanak di dalam Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan (National Child Data Centre) bagi tujuan semakan dan pemantuan pihak JKM.
|
SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak TASKA seperti berikut:-
IBU BAPA/ PENJAGA
Borang YP1 (Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA) yang lengkap berserta dokumen dibawah:
– Salinan kad pengenalan ibu bapa/ penjaga;
– Salinan MyKid/ sijil lahir kanak-kanak/ sijil anak angkat/ pelihara;
– Salinan resit yuran bulanan TASKA;
– Salinan kad OKU bagi kanak-kanak OKU;
– Salinan sijil kematian/ sijil cerai bagi ibu bapa/ penjaga (jika berkenaan);
– Salinan penyata pendapatan ibu bapa/penjaga. Sekiranya tiada penyata pendapatan, kemukakan surat pengesahan pendapatan dari majikan atau pengesahan pendapatan oleh Ketua
– Kampung/ Penghulu/ JKKK/ kakitangan awam kumpulan Pengurusan dan Profesional; dan
– Salinan sijil lahir/ kad pengenalan bagi ahli keluarga yang ditanggung.
Nota: Borang YP1 bersama dokumen di atas hendaklah dihantar kepada pengusaha TASKA.
PENGUSAHA TASKA
Borang YP1 yang diisi lengkap dan Borang YP2 (Borang Senarai Semak Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA) berserta dengan dokumen seperti dibawah:
– Salinan kad pengenalan pengusaha;
– Salinan sijil Perakuan Pendaftaran TASKA;
Salinan penyata akaun bank atas nama TASKA yang disahkan;
– Surat akuan/ pengesahan pengusaha sekiranya TASKA menggunakan akaun pertubuhan atau perkongsian; dan
– Semua salinan dokumen yang dikemukakan oleh ibu bapa/ penjaga kanak-kanak.
Nota: Semua dokumen di atas hendaklah dihantar kepada Pegawai Diberi Kuasa Daerah/ Jajahan/ Bahagian berkenaan
CARA PERMOHONAN
2) Isi Borang YP1 dikemukakan kepada pengusaha TASKA yang berdaftar dengan JKM berserta dengan dokumen sokongan.
4) Permohonan terus daripada pengusaha TASKA/ibu bapa/penjaga kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri tanpa melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan berhampiran adalah tidak akan dipertimbangkan.
MAKLUMAN
KELULUSAN
– Selepas permohonan diluluskan, pengusaha TASKA/ ibu bapa/ penjaga akan dimaklumkan keputusan dan pembayaran wang subsidi akan disalurkan ke dalam akaun TASKA.
– Pengusaha TASKA hendaklah menandatangani Borang YP5 (Borang Akuan Penerimaan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak).
– Pengusaha juga bertanggungjawab memaklum dan mengesahkan pemberian subsidi yuran pengasuhan kepada ibu bapa/ penjaga kanak-kanak, dan membuat bayaran balik yuran pengasuhan kepada ibu bapa/ penjaga (jika ada).
– Borang YP6 (Kad Rekod Pemberian Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak) hendaklah ditandatangani oleh ibu bapa/ penjaga sebagai akuan penerimaan subsidi yuran pengasuhan TASKA.
TEMPOH PERMOHONAN
Tempoh permohonan dari pengusaha TASKA adalah selama 2 bulan, bermula 1 Januari setiap tahun.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian:-
No. Tel: 03 – 8000 8000
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow