KUALA LUMPUR: Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan bermula esok dengan penambahbaikan bantuan bersasar itu berdasarkan peningkatan peruntukan dalam Belanjawan 2025.
Channel WhatsApp Bantuan Kerajaan 2025 : https://whatsapp.com/channel/STR
ADVERTISEMENT
SCROLL TO RESUME CONTENT
Penyaluran itu adalah melalui pengkreditan MyKad (kad pengenalan) secara bulanan kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar dan akan diperluas di Sabah dan Sarawak.
Kementerian Kewangan menerusi kenyataan memaklumkan kadar bantuan SARA ditingkatkan dengan isi rumah miskin dan miskin tegar dalam rekod eKasih bakal menerima sejumlah RM2,100 bagi tahun 2025 berbanding RM1,200 pada 2024.
“Bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi bulan Januari hingga Mac 2025. Bermula April 2025, kadar bantuan ini akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan
“Mekanisme yang seragam ini adalah penambahbaikan daripada tahun lalu, berbanding penyaluran bantuan secara tunai du akali setahun kepada penerima SARA yang bermaustatin di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan,” kata MOF.
Pada masa sama, kementerian itu berkata sejumlah 5.4 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan turut menerima bantuan tambahan SARA mulai April 2025.
Bilangan itu merangkumi 700,000 penerima SARA sedia ada dan 4.7 juta penerima STR yang tiada dalam rekod eKasih.
“Bagi kategori isi rumah tambahan sumbangan SARA adalah sebanyak RM100 sebulan.
“Pemanfaat boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar yang kini berjumlah lebih 1,200 buah di seluruh negara,” ujar MOF.
Soalan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan SARA boleh didapati di Portal Rasmi STR, pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my manakala maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk di https://www.mykasih.com.my mulai esok.
Sumber: buletintv3.my