Semakan Bantuan MyKasih 2025: RM100 dan RM50 Sebulan untuk Rakyat Malaysia
Panduan Lengkap Semakan Bantuan MyKasih untuk Tahun 2025
Manfaat Bantuan MyKasih adalah sebagai elaun tambahan bulanan yang dikreditkan antara RM50 sehingga RM100 sebulan supaya rakyat dapat menampung kos pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.
Channel WhatsApp Bantuan Kerajaan 2025 : https://whatsapp.com/channel/STR
Bagaimanakah semak status bantuan mykasih layak atau tidak terima rm100 dan rm50 sebulan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKASIH 2025
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi MyKasih | https://mykasih.com.my/ |
- Sila layari pautan Portal Rasmi MyKasih di atas.
- Halaman utama Portal MyKasih akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian tengah dan klik butang [SEMAK STATUS].
- Bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan anda tanpa sengkang (-).
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status anda akan dipaparkan ‘LAYAK RM*** sebulan’ atau ‘Tiada Rekod Maklumat’.
- Selesai.
PENERIMA MELEPASI STATUS BANTUAN MYKASIH 2025
Hanya yang berkelayakan berikut sahaja akan melepasi status untuk menerima Bantuan MyKasih RM50 dan RM100 sebulan :
- Warganegara Malaysia;
- Menetap di Semenanjung Malaysia;
- Pendapatan di bawah garis PGK semasa atau tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2025;
- Berstatus isi rumah atau bujang;
- Berdaftar atau tidak dengan e-Kasih sebagai rakyat Miskin dan Miskin Tegar.
JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025 MENGIKUT KELAYAKAN
Jumlah pemberian Bantuan MyKasih pada tahun 2025 adalah mengikut kelayakan penerima seperti berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025 |
---|---|
Isi Rumah Miskin dan Miskin Tegar | RM100 sebulan |
Isi Rumah Asas Bukan Miskin | RM100 sebulan |
- KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025 |
---|---|
Bujang Umur 21 hingga 59 tahun | Miskin dan Miskin Tegar : RM50 sebulanAsas Bkan Miskin : RM0 |
Bujang Umur 60 tahun dan ke atas | Miskin dan Miskin Tegar : RM100 sebulanAsas Bukan Miskin : RM50 sebulan |
KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN MYKASIH 2025
Berikut merupakan kaedah pelaksanaan Bantuan MyKasih :
- Setelah penerima yang beralamat di Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan MyKasih, akaun akan dibuka berdasarkan Nombor Kad Pengenalan penerima dalam sistem MyKasih yang mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
- Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 melalui Kad Pengenalan untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
- Pasar raya dan Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan Kad Pengenalan.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : info@mykasih.com
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.