Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 3 | Semakan Status STR | Ogos 2024

0
Sumber : portalmykerja.com

Follow the BANTUAN KERAJAAN 2024 channel on WhatsApp: WhatsApp.com/BantuanKerajaan2024

Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 3 Mula Dikreditkan

Bayaran bagi bantuan tunai bagi STR Fasa 3 yang dijadualkan pada bulan Ogos tahun ini boleh dilakukan melalui portal MySTR. Ini adalah sebahagian daripada inisiatif bantuan kewangan yang disediakan di bawah Belanjawan 2024.

Ikuti perkongsian yang kami sediakan dibawah berkaitan dengan pembayaran STR fasa 3 yang akan dikreditkan ogos ini.

Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 3

Tarikh bayaran STR Fasa Tiga adalah mulai bulan Ogos 2024 (Tarikh sebenar akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia).

Berikut adalah merupakan tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 :

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024 (Berkemungkinan akan dikreditkan dalam awal bulan Ogos 2024)
  • Fasa 4 : November 2024


Bagi fasa seterusnya, kerajaan melakukan beberapa pembaharuan bagi Belanjawan 2024 dengan memberi bayaran tambahan kepada kategori Miskin Tegar dan juga sumbangan bakul makanan serta baucar untuk barangan makanan asas.

Jadual Lengkap Bayaran STR Fasa 3 Ogos

Senarai BankJangkaan Masa
BSNSelepas 6 Petang
MAYBANKSelepas 9 Malam
BANK MUAMALATSelepas 10 Malam
AFFIN BANKSelepas 8 Malam
RHBSelepas 9 Malam
CIMB BANKSelepas 9 Malam
BANK ISLAMSelepas 8 Malam
AMBANKSelepas 8 Malam

Kaedah Pembayaran STR Fasa 3

Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:

  • Kredit ke Akaun Bank
  • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
  • Tiada maklumat akaun bank
  • Status pengkreditan gagal kredit

Semakan Bayaran STR Fasa 3: Tarikh Bayaran & Semakan Status

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
  5. Nama pemohon
  6. No Mykad pemohon
  7. Status permohonan
  8. Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  9. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  10. Masukkan kata laluan

Berikut disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.



Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi Pejabat LHDNM atau rujuk sumber berikut:

Follow the BANTUAN KERAJAAN 2024 channel on WhatsApp: WhatsApp.com/BantuanKerajaan2024

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!