Home / Uncategorized

Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 3 Mulai 29 Ogos 2024

- Penulis

Friday, 23 August 2024 - 10:39

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Sumber : Berita RTM

KUALA LUMPUR, 23 Ogos- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan mula disalurkan kepada lebih 8 juta penerima sedia ada mulai Khamis ini, 29 Ogos manakala bayaran kepada penerima baharu dan rayuan akan dibuat mulai 18 September.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, bantuan tunai sehingga RM650 akan diagihkan mengikut kategori kelayakan masing-masing.

“Penerima sedia ada dan penerima baharu/rayuan yang berdaftar di dalam pangkalan data STR akan menerima pembayaran STR Fasa 3 melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat,” menurut kenyataan hari ini.

Menurut MOF bilangan penerima yang layak dijangka terus meningkat, mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini yang dijalankan sepanjang tahun.

Baca Juga :  TERKINI BKM FASA 4 | Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia dibayar 15 November Ini

Sehubungan itu pemohon yang tiada dalam pangkalan data perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan.

“Status kelayakan STR dibuka untuk semakan mulai 29 Ogos 2024 dan soalan lazim (FAQ) boleh didapati di Portal Rasmi STR, melalui pautan bantuantunai.hasil.gov.my,” menurut kenyataan.

Dalam masa sama penerima dinasihat agar sentiasa berwaspada dengan pautan tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab berkaitan program STR.

“Sebagai perlindungan daripada kes penipuan (scam), pihak MOF tidak membuat penghantaran SMS dan mesej WhatsApp meminta maklumat peribadi kepada individu,” menurut kenyataan.

Baca Juga :  STR Fasa 3 | Semakan Status Dan Jumlah Bayaran Setiap Kategori

Melalui Belanjawan 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan STR ditingkatkan sebanyak RM2 bilion atau 25% daripada RM8 bilion pada tahun 2023 kepada RM10 bilion yang memanfaatkan penerima yang meliputi hampir 60% penduduk dewasa Malaysia.

“Penambahan peruntukan bagi STR 2024 mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk membantu meringankan cabaran kos sara hidup rakyat, terutamanya bagi keluarga di bawah kategori B40 dan M40 terendah,” jelas Perdana Menteri.







Follow the BANTUAN KERAJAAN 2024 channel on WhatsApp: WhatsApp.com/BantuanKerajaan2024

Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Berita ini 1 kali dibaca

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15