Home / Uncategorized

8.4 juta terima STR Fasa 2 Rabu ini – Anwar

- Penulis

Monday, 1 April 2024 - 07:32

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kanan) menyampaikan ucapan pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Kerja Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan April 2024 di Dewan Sri Endon Puspanitapuri hari ini. – Foto BERNAMA

Follow the BANTUAN KERAJAAN 2024 channel on WhatsApp: WhatsApp.com/BantuanKerajaan2024

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menambah peruntukan program subsidi bersasar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 sebanyak 20 peratus kepada RM1.5 bilion, berbanding RM1.26 bilion pada tahun lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, langkah itu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana rendah menangani peningkatan kos sara hidup.

Katanya, seramai 8.4 juta penerima STR Fasa 2 bakal menerima bayaran antara RM100 hingga RM650 pada Rabu ini.

“Reformasi ekonomi yang diterajui Kerajaan MADANI bukan semata-mata untuk memperbetul struktur kewangan negara, tetapi ia berbekalkan niat ikhlas untuk memastikan kekayaan negara dapat dikongsi dengan rakyat secara lebih saksama.

Baca Juga :  Inisiatif Tambahan RM500 Caruman Simpanan KWSP | Tahun 2023

“Insya-Allah, kerajaan akan tingkatkan lagi bantuan tunai kepada rakyat sejajar dengan penambahbaikan fiskal negara, termasuk pelaksanaan penyasaran subsidi kepada golongan yang benar-benar memerlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar dalam pangkalan data STR akan menerima pembayaran STR Fasa 2 melalui pengkreditan ke dalam akaun bank.

Bayaran STR itu turut disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Mulai tahun ini, MOF memaklumkan kerajaan mengambil pendekatan baharu untuk membuka pendaftaran STR 2024 sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada bantuan kerajaan.

Baca Juga :  Permohonan STR 2025: Syarat Kelayakan dan Panduan Lengkap

“Oleh itu, bilangan penerima yang layak dijangka terus meningkat pada tahun ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini yang dijalankan sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

“Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan,” katanya.

Semakan status kelayakan STR dan soalan lazim (FAQ) boleh didapati di Portal Rasmi STR, melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Justeru, MOF ingin menasihati penerima STR supaya sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mendapatkan maklumat berkaitan program STR.

Sumber : Berita Harian Online

Follow the BANTUAN KERAJAAN 2024 channel on WhatsApp: WhatsApp.com/BantuanKerajaan2024

Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Dominations | Game Terbaik
Cara Semak Status RON95: Kelayakan & Baki Kuota Subsidi
Semakan Subsidi RON95 (BUDI95) – Syarat & Cara Mohon
Bantuan Mykasih SARA Bulan Julai 2025 Dah Masuk – Boleh Semak Sekarang
Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Berita ini 5 kali dibaca

Berita Terkait

Monday, 29 September 2025 - 10:23

Dominations | Game Terbaik

Thursday, 25 September 2025 - 12:11

Cara Semak Status RON95: Kelayakan & Baki Kuota Subsidi

Thursday, 25 September 2025 - 08:34

Semakan Subsidi RON95 (BUDI95) – Syarat & Cara Mohon

Tuesday, 1 July 2025 - 11:41

Bantuan Mykasih SARA Bulan Julai 2025 Dah Masuk – Boleh Semak Sekarang

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Berita Terbaru

Gaming

Dominations | Game Terbaik

Monday, 29 Sep 2025 - 10:23

CARA PERMOHONAN

Cara Semak Status RON95: Kelayakan & Baki Kuota Subsidi

Thursday, 25 Sep 2025 - 12:11

CARA PERMOHONAN

Semakan Subsidi RON95 (BUDI95) – Syarat & Cara Mohon

Thursday, 25 Sep 2025 - 08:34

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51