TERKINI | Kerajaan Wajar Benarkan Pengeluaran KWSP Bersasar

0

Telegram Rasmi 👆

Kuala Lumpur: Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) meminta kerajaan membenarkan pengeluaran kecemasan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersasar kepada 99,335 pencarum yang terdesak.

Presiden PGIRM Azmi Mohd Tahir berkata, segelintir pencarum masih tertekan dan terdesak serta mengharapkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat mempertimbangkan dan meluluskan Tuntutan Pengeluaran Kecemasan KWSP Bersasar demi kelangsungan hidup dan kos sara hidup yang tinggi kepada golongan Pencarum yang tercicir ini.

Adakah Anda Setuju?
Menurutnya, sejajar dengan desakan itu, PGIRM melaksanakan satu lagi kaji selidik di Seluruh Malaysia bermula 15 Mei lalu dan berakhir pada Isnin lalu bagi mengenal pasti dan membuat semakan silang pencarum yang benar-benar terdesak serta tercicir ini, untuk diberikan perhatian oleh kerajaan dengan sewajarnya.

"Kerajaan perlu membantu mereka yang di dalam kesusahan kerana bebanan hutang yang tertunggak, kos sara hidup tinggi dan pendapatan tidak seimbang dan perlu keluar daripada kepompong kemiskinan yang sangat tenat.

"Hasil daripada kaji selidik ini, hanya 99,335 pencarum di seluruh Malaysia mengikut pecahan negeri yang dinafikan dan mereka ini tidak layak untuk pinjaman FSA2 dan selebihnya ramai yang telah meminjam FSA2 dan ada yang tidak lagi memerlukan pengeluaran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmi berkata, PGIRM menggesa dan mendesak Perdana Menteri untuk meluluskan tuntutan golongan pencarum yang tercicir ini.

"Jumlahnya bukan 8.1 juta Pencarum seperti Pengeluaran sebelum ini, tetapi hanya seramai 99,335 pencarum sahaja yang perlu diberikan perhatian wajar dan kebenaran meluluskan pengeluaran kecemasan KWSP bersasar demi meneruskan kelangsungan hidup kerana masih terdesak dan terhimpit," katanya.

Sumber : Harian Metro

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!