Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda

0

beberapa foto dalam media sosial memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dilanggar kenderaan pacuan empat roda di sebuah kediaman mewah di Johor Bahru.

Berdasarkan rakaman video tular, kanak-kanak berkenaan dilihat sedang bermain skuter sebelum berhenti di kawasan persimpangan sebelum dirempuh oleh sebuah pacuan empat roda berwarna hitam.

Maut di lokasi kejadian
Memetik laporan Sinar Harian, difahamkan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dilanggar kenderaan tersebut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian terbabit dan kes sedang dalam siasatan.

Sementara itu, pemandu kenderaan
tersebut dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pemandu kenderaan pacuan empat roda berkenaan yang berusia 32 tahun sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Tambah beliau, sekiranya pemandu terbabit disabitkan bersalah, dia boleh dikenakan denda antara RM20,000 hingga RM50,000 dan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun.

Dalam pada itu, rakan kepada ahli keluarga mangsa memohon agar orang ramai yang menyebarkan video mengenai kejadian tersebut segera menurunkan ia.

Sumber: Sinar Harian (Zulhisham Isahak), FB Ken Kem, Ohmymedia.cc
Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!