Bantuan BAP RM500 - Ini Cara Mohon & Syarat Kelayakan

0

Telegram Rasmi 👆

Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah diwujudkan oleh Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.


Maklumat lanjut mengenai bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI

Bantuan-bantuan yang ditawarkan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri mengikut tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya inisiatif yang ada ialah peruntukan Bantuan Anak Pelihara (BAP) bagi tahun ini di bawah Bajet 2023.

Berikut  adalah maklumat yang lebih jelas mengenai bantuan kewangan ini :

Bantuan Anak Pelihara (BAP)
BAP ini pada asasnya adalah bantuan kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu anak-anak yang kurang bernasib baik, yatim piatu/yatim piatu, yang tiada saudara mara agar dapat terus hidup bermasyarakat bersama keluarga angkat.

Kadar BAP tetap adalah minimum RM250 sebulan setiap orang sehingga maksimum RM500 sebulan untuk keluarga yang mempunyai dua atau lebih anak.

Kriteria Dan Syarat Kelayakan
Keluarga yang memberi jagaan anak berikut:

- Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun;
- Kanak-kanak tanpa ibu bapa; atau
- Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat melalui Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
Kanak-kanak tinggal bersama keluarga angkat melalui:
- Kanak-kanak yang diambil daripada “Program Anak Peliharan” kelolaan JKM; atau
- Kanak-kanak yang dijaga di bawah perintah Mahkamah Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Cara Permohonan
Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Untuk melancarkan permohonan, pemohon hendaklah membawa dokumen berikut semasa mengemukakan permohonan:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata gaji (jika ada);
- Dokumen sokongan lain yang berkaitan.

Maklumat lanjut mengenai bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Sumber : PortalMalaysia.com

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!