Tak sempat bertunang esok, lelaki maut Toyota Hilux terbabas langgar pokok & terbalik

0

Seorang lelaki tidak sempat melangsungkan pertunangan apabila terbabit dalam kemalangan di Kilometer 20.7 Lebuhraya Utara Selatan, Asun, Jitra malam tadi.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa Mohd Khairulnizam Abdullah, 25, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas Toyota Hilux dipandunya dipercayai terbabas ke kiri sebelum terlanggar pokok dan terbalik.

Tak sempat bertunang esok
Bagaimanapun, tunangnya Nurul Syifa Ahmad Shukri, 26, terselamat dan sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat kecederaan patah paha kanan serta luka di bibir serta telinga.

Bapa saudara Nurul Syifa iaitu Amri Ali, 32, berkata, pasangan itu dipercayai dalam perjalanan dari Bukit Minyak, Pulau Pinang kerana anak saudaranya bekerja di sana untuk pulang ke rumahnya di Kampung Penia, Mukim Malau, Jitra.

“Mereka sepatutnya melangsungkan pertunangan esok tapi tak sangka kemalangan itu berlaku menyebabkan bakal tunang anak saudara saya meninggal dunia dalam kemalangan malam tadi.

“Saya difahamkan mereka singgah makan sebelum pulang ke rumah dan ketika kejadian hujan lebat. Segala persiapan untuk majlis pertunangan esok sudah dibuat namun kami sekeluarga reda,” katanya.

Difahamkan, Mohd Khairulnizam yang memandu di lorong kanan secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum kenderaan berkenaan terbabas.

Sementara itu, adik Mohd Khairulnizam yang dikenali sebagai Zara Zoya turut berkongsi berita duka tersebut menerusi sebuah hantaran di laman Facebook.

Al-Fatihah untuk abang saya
Sumber: Harian Metro (Zuliaty Zulkiffli), Facebook Zara Zoya, Ohmymedia.cc
Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!