RM835.4 Juta Bayaran FSA2 KWSP Diluluskan : Semak Status FSA2 Disini

0

Telegram Rasmi 👆

RM835.4 Juta Bayaran FSA2 KWSP Diluluskan : Semak Status FSA2 Disini. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Dengan  itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.

FSA2 KWSP
KUALA LUMPUR: Sejumlah RM835.4 juta diluluskan bagi bayaran Inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membabitkan 40,196 permohonan setakat 26 Mei lalu.

Menurut Kementerian Kewangan daripada jumlah yang diluluskan sejak permohonan dibuka pada 7 April lalu, sebanyak RM790.8 juta disalurkan melalui MBSB Bank Bhd manakala RM44.6 juta menerusi Bank Simpanan Nasional.

Menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen semalam, bagi permohonan tidak layak pula, kebanyakannya adalah disebabkan pemohon tidak mencapai syarat kelayakan seperti permohonan tidak lengkap, di luar umur kelayakan dan baki simpanan Akaun 2 tidak mencukupi.

Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis) meminta Menteri Kewangan menyatakan jumlah pencarum KWSP yang diluluskan permohonan pengeluaran fasa 2 dan nilai yang diluluskan.

MOF menjelaskan FSA2 bertujuan membantu ahli KWSP yang memerlukan bantuan kewangan mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Ia juga bagi mengimbangi kepentingan pendapatan persaraan di masa hadapan dengan impak yang minimum ke atas simpanan persaraan ahli yang telah banyak terjejas, khususnya impak daripada pengeluaran yang dibenarkan ketika pandemik COVID-19.

Melalui FSA2, ahli yang layak boleh memohon dan memperoleh pembiayaan sehingga maksimum RM50,000 bagi membantu memenuhi keperluan kewangan yang bersesuaian dengan kemampuan kredit dan aliran tunai mereka berdasarkan penilaian kredit dibuat pihak bank ke atas pemohon.

“Penilaian kredit ini adalah mengikut amalan terbaik dan pengurusan risiko yang sentiasa diamalkan oleh institusi perbankan dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia,” katanya.

Sumber: BeritaHarian

Cara Semak Status FSA2 KWSP
1) Login ke KWSP i-Akaun anda
2) Klik “Withdrawal”
3) Klik “Withdrawal History”
4) Klik “Conditional Withdrawal Age 50/55”
- Anda akan dapat status “Approved” untuk yang dah lulus dan buat penerimaan FSA2
- Kalau tak nampak barisan ini, click ke muka surat terakhir <Last> sebab ia ada di barisan yang last sekali
5) Maka ditunjukkan info dan status “Unpaid” atau “Paid”
- Rujuk contoh yang di bawah ni status “Unpaid”, Mjourney duit belum masuk.

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!