'Kami merayu, pulangkan semula duit adik'

0
ORANG ramai membantu mengutip duit yang terjatuh di Kampung Lak Lok, Jertih pada Rabu. FOTO Ihsan pembaca

Jertih: Keluarga mangsa yang keciciran wang akibat terjatuh dari kereta di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat Kampung Lak Lok di sini, Rabu lalu menawarkan sedikit bayaran saguhati kepada sesiapa yang dapat memulangkan kembali wang berkenaan.

"Jika diikutkan duit itu akan digunakan untuk mengembangkan lagi perniagaan kedai gunting rambutnya namun disebabkan kejadian ini semangatnya sedikit goyah.

"Kami berharap lebih ramai pihak tampil memulangkan kembali wang yang mereka kutip tempoh hari dan sedikit saguhati akan diberikan kepada sesiapa berbuat demikian," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian pada Rabu lalu, Wan Ibrahim Wan Leh, 24, kehilangan kira-kira RM30,000 apabila wang tunai berjumlah lebih RM60,000 diletakkan atas but keretanya, terjatuh bertaburan di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat Kampung Lak Lok di sini, pada 11 pagi.

Kejadian berlaku apabila adiknya terlupa meletakkan beg kain berisi wang tunai di atas but kereta jenis Honda Civic, sebelum bergerak dari rumah ke sebuah bank untuk menyimpan wang itu.

Katanya, laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Kampung Raja untuk tindakan lanjut.

"Kami berharap mana-mana individu yang mengambil baki wang itu agar memulangkan kembali kepada kami.

"Sesiapa pihak yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi saya di talian 013-5395538," katanya.

Sumber : Harian Metro
Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!